Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Kesalahan ejaan bahasa melayu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
definisi dan punca-punca kesalahan bahasa melayuKesalahan bahasa Melayu bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang tidak mengikut hukum-hukum atau sistem bahasa yang ditetapkan seperti dari segi  tatabahasa dan penulisannya. Contohnya, kesalahan penggunaan kata, ayat tergantung, ayat tiada subjek, dan kesalahan penggunaan tanda baca, imbuhan, ejaan, serta istilah.  Punca berlakunya kesalahan ini ialah pengguna tersebut tidak mempunyai ilmu bahasa Melayu yang mantap dan membuat kajian tentang perkembangan bahasa Melayu secara berterusan.Makna19.02.2008
kesalahan tatabahasa dalam bahasa melayu

Saudara Norsyafina,

Kesalahan tatabahasa dalam bahasa Melayu berlaku apabila pengguna bahasa tidak mematuhi hukum atau rumus tatabahasa yang telah ditetapkan dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Kesalahan bahasa berlaku dari segi ejaan, ayat, kata dan frasa. Kesalahan bahasa dapat diatasi dengan merujuk buku atau panduan tatabahasa yang sedia ada seperti buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Tatabahasa22.03.2010
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013
Melaporkan Kesalahan Ejaan Dalam Akhbar Tempatan Hal sedemikian rupa tidak sepatutnya berlaku di dalam akhbar tempatan kerana ini akan menimbulkan kekeliruan masyarakat terhadap sistem ejaan bahasa Melayu terutamanya generasi muda serta bolah mendorong Bahasa Melayu untuk dilupakan generasi kini. Sebagai contoh Keratan akhbar The Star bertarikh 29 Jun 2016 (Rabu) Kesalahan pada ejaan martabak. Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai 2016 (Isnin) Kesalahan pada ejaan viral yang dieja sebagai virak Saya berharap agar pihak tuan akan segera mengambil tindakan bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berulang lagi.Undang-undang harulah segera dikuatkuasakan, tiada lagi istilah tidak tahu dalam masyarakat perihal sistem ejaan Bahasa Melayu. Kerjasama dan tindakan selanjutnya daripada pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian,terima kasih. “BAHASA JIWA BANGSA’’Pertama sekali, kami mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan atas keprihatinan terhadap bahasa Melayu.

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami sentiasa melakukan pemantauan penggunaan bahasa Melayu di media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul diamalkan. Berkenaan dengan kesalahan tersebut, kami akan panjangkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Terima kasih.
Lain-lain03.08.2016
Salam 1Malaysia, kesalahan mententeramkan ataupun mengkagumkan, yakni huruf awal 't' dan 'k' tidak digugurkan itu tergolong dalam kesalahan ejaan ataupun imbuhan. Hal ini demikian kerana ada guru bahasa Melayu menyatakan kesalahan tersebut tergolong dalam kesalahan imbuhan, dan sebaliknya. Sekian.

Imbuhan ialah bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata dan menyebabkan perubahan fungsi tatabahasa.  Imbuhan terdiri daripada empat jenis iaitu, awalan, akhiran, sisipan fan apitan. Kesemua jenis imbuhan ini ada peraturan yang tersendiri yang diperincikan dalam buku Tatabahasa Dewan. Jelasnya, kesalahan imbuhan apitan dalam mententeramkan dan mengkagumkan dikagegorikan sebagai kesalahan imbuhan.

Kesalahan ejaan, contohnya ejaan sharat sepatutnya syarat, ma’af sepatutnya maaf.
Tatabahasa15.02.2014
Mohon pihak tuan semak samada terdapat kesalahan ejaan atau tidak bagi papan tanda ini. Terutama pada ejaan Organic "Organik"Untuk makluman ejaan  bahasa Melayu yang betul untuk "Organic" ialah Organik. Sila lihat lampiran dan buat pembetulan.Lain-lain07.03.2013
apkah buku yang sesuai atau mempunyai ejaan atau tentang bahasa melayu klasik dan kuno bagi bacaan pelajar tingkatan enam? apabila saya membaca surat khabar atau majalah tentang isu semasa saya dapati terdapt banyak kesalahan ejaan.apakah itu pendapat saya sendiri atau memng terdapatnya kesalahan itu di dalam bahan bacaan harian kita?Buku tentang bahasa Melayu klasik seperti Sejarah Melayu. Memang kami akui sering terdapat kesalahan ejaan dalam media cetak di negara kita. Terima kasih atas keprihatinan saudara. Lain-lain30.09.2008
macam mana nak kenal pasti kesalahan tatabahasa?Pengguna bahasa perlu tahu hukum tatabahasa bahasa Melayu dan Pedoman Ejaan Rumi bahasa Melayu yang sedia ada.Kesalahan tatabahasa berlaku apabila pengguna bahasa meggunakan bahasa yang menyalahi hukum-hukum tatabahasa, iatu dari segi ejaan, morfologi(kata),sintaksis(ayat), gaya dan laras bahasa. Dari segi ejaan tidak mematuhi Pedoman Umum Ejaan Rumi, Tatabahasa bahasa Melayu dan larasnya.Tatabahasa11.05.2007
kesalahan penggunaan bahasa melayu dalam iklan. kesan dan cara mengatasinya?Iklan mestilah menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa, makna, ejaan, dan tanda baca. Penggunaan bahasa Melayu yang salah dalam iklan akan menggambarkan kelemahan penulis iklan berkenaan dan merendahkan kemampuan bahasa Melayu. Cara mengatasinya ialah penulis iklan mestilah merujuk buku panduan bahasa Melayu, mendapatkan khidmat nasihat daripada DBP, dan penataran bahasa kepada syarikat iklan.Lain-lain15.11.2006
bagaimana untuk mengenal pasti kesalahan ejaan dari sudut keselarasan vokal

Dalam sistem ejaan Rumi, terdapat 18 pola keselarasan vokal yang utama. Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14) yang disusun oleh Encik Ismail Dahaman yang boleh dijadikan panduan.

Tatabahasa20.02.2009
1234

Kembali ke atas