Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. buku suci (yg mengandungi perkara­perkara keagamaan spt hukum, ajaran, dll): Quran ialah ~ yg akhir drpd Allah; ~ Allah al-Quran; ~ Injil kitab yg diturunkan kpd Nabi Isa; ~ suci a) = kitabul-kudus kitab mengenai hal-hal agama (spt al-Quran dll); b) kitab Injil dan Taurat; ~ Taurat kitab yg diturunkan kpd Nabi Musa; ~ Zabur kitab yg diturunkan kpd Nabi Daud; 2. ark buku (mengenai berbagai­-bagai perkara): maka adalah aku karangkan akan ~ ini darihal hikayat diriku; ~-kemitab berbagai-bagai kitab; ~ loghat ark buku yg mengandungi perkataan-perkataan dan ertinya, kamus; ~ ramalan buku yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku; ~ turutan buku pelajaran huruf atau bahasa Arab peringkat permulaan; berkitab memakai (mempunyai) buku suci; tidak ~ tidak berpandu kpd kitab, tidak beragama, kafir; pengitaban; ~ hukum Id pengumpulan dan penyusunan hukum (undang-undang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 buku suci yg di dlmnya terkandung hal-hal yg berkaitan dgn agama: Tuhan telah menurunkan ~ Taurat kpd Nabi Musa, Injil kpd Nabi Isa, Zabur kpd Nabi Daud dan Quran kpd Nabi Muhammad SAW. 2 buku ttg berbagai-bagai ilmu pengetahuan: ~ ramalan buku yg digunakan utk meramal atau melihat nasib. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kitab
Rujuk :buku

Peribahasa

Surat atas batu,
     tidak akan pupus-pupus.

Bermaksud :

Sesuatu adat yang kekal. surat = kitab.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slam tuan, Saya mencadangkan supaya kitab-kitab turas dalam ejaan jawi disemak semula supaya diperbetulkan ejaannya mengikut ejaan jawi semasa,ini kerana mengelirukan dan membosankan kepada pelajar yang balajar ejaan jawi baru yang membaca kitab turas.

Terima kasih atas cadangan saudara. Satu cadangan yang bagus.

Tetapi sebagai seorang pelajar sepatutnya itulah proses yang perlu dilalui supaya kepakaran membaca kitab-kitab turas dipupuk. Tidak timbul soal bosan atau tidak.

Lain-lain09.06.2009
Ahli kitab. Kitab tu bermula huruf besar atau kecil?Ejaan yang betul ialah "ahli kitab" - huruf kecilMakna27.06.2011
terjemahan bagi frasa "The Central Line of the Scripture" ialah "Garisan pusat Kitab" atau "Garis pusat Kitab" atau Garisan pusat dalam Kitab"? Dalam keterangan saudara, sila nyatakan perbezaan antara garisan dan garis dari sudut BM, dan juga penggunaan kata sendi "dalam" dari sudut BM dalam penterjamahan.

Terjemahan frasa ini ialah Bahagian Tengah Kitab/ Kitab Suci. Dalam Kamus Dewan,  perkatan garis dan garisan ditakrifkan sebagai tanda panjang halus yang dibuat pada sesuatu permukaan. Walaupun maknanya sama tetapi penggunaannya perlulah bersesuaian. Imbuhan an membawa maksud perluasan kawasan misalnya; darat   -  daratan, garis   -  garisan.

Contoh penggunaan garis dan garisan: garis panduan, garis kasar (rangka),garis-garis di tapak tangan,   garisan Khatulistiwa, garisan kontur,garisan penamat.

Makna11.05.2011
apakah perbezaan dalam penggunaan 'bagi' dan 'untuk' dalam ayat? - "kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" dan "kitab ini amat berfaedah untuk pembaca"."kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" 

"kitab ini amat berfaedah untuk pembaca". 
Kedua-dua ayat di atas betul penggunaan kata sendi nama.

Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'.  Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina.

ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276.

Tatabahasa05.10.2012
Tuan/Puan, Bolehkah saya tahu terjemahan "Book of Ezra" dalam bahasa Melayu? Adakah ia "Kitab Ezra" atau "Kitab Uzair"? Berikut merupakan petikannya: "And the Book of Chronicles, the Book of Ezra in the Hebrew scriptures reported in ringing terms." Terima kasih.Untuk makluman, istilah "Book of Ezra" dan "Uzair" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah15.09.2013
jika di dalam penulisan ilimiah, bagaimanakah penulisan huruf 'A' dalam Al Qur'an, atau kitab Al-Ma'thur. misal kata begini. "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa' (Al-Baqarah 2:2) al baqarah ditulis sebagai al-Baqarah atau Al-Baqarah?Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari dan al-Baqarah.Tatabahasa17.07.2013
Assalamualaikum, pada sesetengah kitab Tauhid, perkataan "al-sam'," diterjemahkan sebagai "pendengaran," dan "al-basar" sebagai penglihatan untuk menyelaraskan terjemahan tersebut dengan masdar (kata dasar) bahasa Arab, menunjukkan ianya sebagai sifat dan membezakannya dengan kata kerja. Akan tetapi, perkataan "al-kalam" diterjemahkan sebagai "berkata-kata" iaitu kata kerja dan tidak diterjemahkan sebagai "pengataan" dan istilah ini tidak saya temui dalam carian saya. Apakah cadangan istilah yang sesuai untuk diterjemahkan perkataan ini? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perhatian pihak tuan.Al-sam', al-basar, dan al-kalam merujuk kepada sifat Allah. Bagi perkataan al-kalam, terjemahan yang sesuai ialah "berkata-kata" iaitu merujuk kepada sifat Allah yang berkata-kata. Perkataan "pengataan" tidak gramatis dan tiada di dalam Kamus Dewan edisi keempat.Istilah20.04.2011
assalam,boleh jelaskan langkah-langkah atau proses yang perlu saya hadapi setelah saya selesai menterjemahkan sesebuah kitab (Bahasa Arab kepada Bahasa Malaysia)?Sebelum proses menterjemah dilakukan, terlebih dahulu hendaklah mendapatkan izin daripada penerbit asal. Setelah diberi izin, barulah kerja menterjemah dimulakan. Penerbit asal akan mengenakan syarat tertentu beserta kadar bayarannya.Lain-lain05.12.2006
Adakah suatu istilah lain yang dapat digunakan bagi merujuk "bible" selain daripada Injil? Ini kerana, Injil merupakan sebuah kitab yang diturunkan Allah kepada Isa alaihis salam, sedangkan "bible" adalah suatu rekaan manusia yang terang-terangan bukan wahyu Allah subhanahu wataala. Pada pendapat saya, menyatakan "bible" sebagai Injil merupakan suatu pendustaan dan menghina ajaran Islam.

Buku istilah DBP menterjemahkan bible menjadi Injil dalam bahasa Melayu, hal ini sememangnya membawa kepada perbincangan yang lebih lanjut di kalangan sesetengah pihak dan pihak DBP mengambil maklum perkara ini, terima kasih.

Lain-lain21.10.2008
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulisBahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan  dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. Lain-lain09.02.2008
123

Kembali ke atas