Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja; berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya; kelima yg nombor lima; kelima-lima lima-lima sekali, lima semua­nya; perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bilangan empat ditambah satu; 5: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500. dua kali ~ sama saja. berlima lima bersama-sama. kelima yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. kelima-lima lima-lima sekali; lima semuanya. perlima dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata LIMA

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi AhmadMenurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja.Tatabahasa02.01.2013
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010
1. Tiga puluh empat dan sen lima puluh sahaja. 2. Tiga puluh empat dan lima puluh sen sahaja. Yang manakah ayat yang gramatis ?Frasa yang betul ialah tiga puluh empat ringgit dan lima puluh sen. Unit perlu diletakkan di belakang.  Ejaan06.02.2010
1. dari 1000 atau daripada 1000 2. pada 1000 atau kepada 1000 3. dua ratus lima ringgit sahaja atau ringgit dua ratus lima sahaja 4. empat puluh sen sahaja atau sen empat puluh lima sahaja

 Penggunaan yang betul ialah:

1. daripada 1000

2. pada 1000

3. dua ratus lima ringgit sahaja

4. empat puluh sen sahaja

Tatabahasa04.05.2011
yang betul mengenai RM5,066.00 dalam perkataan. RM Lima Ribu Enam Puluh Enam sahaja atau RM Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja.Cara penulisan yang betul untuk RM5,066.00 ialah (Ringgit Malaysia: Lima Ribu dan Enam Puluh Enam sahaja).Tatabahasa27.12.2006
kelima-lima ekor anak ayamnya mati keracunan setelah memakan beras yang dicampur dengan racun. (tuan, adakah ayat ini gramatis?_)

Ayat ini tidak gramatis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
Salam Sejahtera, Adakan di dalam penulisan perkataan dan ayat di dalam bahasa inggeris, ianya perlu dicondongkan (italic) tulisannya. Mohon kepastian mana perkataan yang perlu dicondongkan berdasarkan contoh di bawah: a.Indonesia Defence Forum 2010 b.Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA). c.LIMA Planner 2011. sekian, terima kasihEjaan yang dicondongkan lazimnya dalam mengeja kata khusus dan petikan daripada bahasa asing seperti lingua franca. Nama acara seperti contoh yang diberi tidak perlu ditulis condong hanya ditulis dalam tanda petik tunggal seperti 'Indonesia Defence Forum 2010' untuk membezakannya dengan teks yang lain.  Tatabahasa13.12.2010
perkataaan kailima sepatutnya? kaki lima@kakilimaEjaan yang betul ialah kaki lima.Ejaan11.08.2007
Apakah perbezaan antara buku bacaan dengan buku lima?Perbezaanya ialah buku bacaan - buku yang dibaca, manakala buku lima ialah simpulan bahasa- penumpuk. Terima kasih.Tatabahasa05.04.2007
12345678910...

Kembali ke atas