Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan".
2.  Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu.
Tatabahasa17.07.2013
MAKNA SALURANSaluran bermaksud salur, iaitu sesuatu yang menjadi jalan atau laluan untuk mengalirkan air dsb.. jalan (perantaraan, cara) untuk melalkukan sesuatu. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1375.  Makna13.03.2008
Syarikat kami ingin memohon permit kelulusan pengambilan/pengeluaran air panas untuk tujuan perniagaan kesihatan kepada orang ramai. Kami telah berdaftar di Lemgaba Urus Air Selangor (LUAS). Syarikat berkhaskan pada MDHS untuk meluluskan membudayakan Bahasa pada penasihat Dewan Bahasa Dan PustakaPertanyaan daripada pihak tuan kurang difahami oleh pihak kami.
Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain18.06.2017
PENGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN DICETAK DIATAS IKLAN PAPAN TANDA SEPERTI BERIKUT: DISEBELAH KIRI: KILANG AIR DIPERTENGAHAN: WATERFUL H20 SDN BHD (1054799-W) KAMI MEMOHON PENGESAHAN PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA YANG BETUL TERIMA KASIHUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. Visual papan tanda dalam bentuk jpg atau gif perlu disertakan dalam permohonan .Lain-lain11.09.2013
Salam mohon disemak bunting ini sebelum mendapat kebenaran untuk gantung. Arahan pegawai di Majlis Daerah kuala Pilah. Medium Bahasa Inggeris Penghawa dingin Penapis air Coway Kaedah Montessori Luas dan Selesa “Little Scientist”Adakah pihak tuan/puan mahu membuat pengesahan bahasa iklan/ papan tanda premis perniagaan?. Jika ya, sila layari laman web dbpsahbahasa.my ,
kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/ papan premis perniagaan anda.
Lain-lain29.09.2017
Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Saya terangkan secara pendek berkenaan dengan street canyon. 'Street canyon' merupakan kawasan diantara bangunan. Ia hanya terdapat di kawasan bandar. Ia merangkumi jalan raya, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Contoh 'street canyon' adalah seperti di dalam gambar yang bernama 'chicagocanyon2'. Istilah street canyon ini mungkin juga boleh disamakan dengan Grand Canyon di USA dimana ia terbentuk hasil hakisan angin dan air. Tapi street canyon adalah dari buatan manusia.Merujuk istilah geologi, canyon ditakrifkan sebagai "ngarai". Oleh itu, istilah "street canyon" dapat dicadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "ngarai jalan" dengan mengambil kira konsep "ngarai" dalam bidang geologi.Penyemakan dan penterjemahan12.07.2015

Kembali ke atas