| Salam sejahtera, Saya tahu maksud walkway adalah laluan pejalan kaki. Apakah boleh kita gantikan maksudnya kepada susur gajah seperti yang digunakan oleh ramai orang sekarang? | Istilah laluan pejalan kaki masih digunakan. Tidak ada maklumat tentang susur gajah dalam pangkalan data kami. | Istilah | 25.01.2013 |
| Permohonan Sah Bahasa : Naiktaraf Laluan Pejalan Kaki di Jalan Ampang, Kuala Lumpur | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun sebagai pelanggaan bagi pelanggan baharu dan lihat panduan yang diberikan. | Lain-lain | 26.03.2025 |
| mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |
| Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasih | Kami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki. | Istilah | 12.11.2013 |
| Apakah terjemahan terbaik untuk walkway canopy atau covered walkway dalam bahasa Melayu? Saya lihat ramai gunakan susur gajah, namun tiada dalam database PRPM. Mohon pencerahan. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah susur gajah dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untukĀ "walkway canopy" ialah kanopi laluan pejalan kaki. Istilah untuk "covered walkway" pula ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau laluan pejalan kaki berkanopi. | Istilah | 13.03.2013 |
| YANG MANA SATU ISTILAH YANG BETUL: NAMA BAGI LALUAN BERATAP- SUSUR GAJAH ATAU GAJAH MENYUSUR | Kedua-dua istilah ini tiada dalan pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh masyarakat tertentu dalam percakapan harian dan tidak digunakan dalan tulisan rasmi. Istilah yang boleh digunakan untuk tujuan rasmi ialah "laluan pejalan kaki berbumbung" atau laluan pejalan kaki berkanopi". | Istilah | 31.08.2016 |
| ingin mengetahui perkataan 'siarkaki' atau 'siar kaki'. dengan nama lain adalah laluan pejalan kaki / koridor. | Saudara, Perkataan ini dieja sebagai dua perkataan, iaitu siar kaki. | Ejaan | 05.01.2010 |
| Salam, Saya ingin tahu maksud perkataan "street canyon" dalam bahasa malaysia. Saya terangkan secara pendek berkenaan dengan street canyon. 'Street canyon' merupakan kawasan diantara bangunan. Ia hanya terdapat di kawasan bandar. Ia merangkumi jalan raya, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Contoh 'street canyon' adalah seperti di dalam gambar yang bernama 'chicagocanyon2'. Istilah street canyon ini mungkin juga boleh disamakan dengan Grand Canyon di USA dimana ia terbentuk hasil hakisan angin dan air. Tapi street canyon adalah dari buatan manusia. | Merujuk istilah geologi, canyon ditakrifkan sebagai "ngarai". Oleh itu, istilah "street canyon" dapat dicadangkan terjemahan dalam bahasa Melayu sebagai "ngarai jalan" dengan mengambil kira konsep "ngarai" dalam bidang geologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.07.2015 |
| Saya memerlukan bantuan terjemahan istilah-istilah Inggeris di bawah ini:- 1. Road access (Laluan Jalan?) 2. River access (Laluan sungai?) 3. On foot (Laluan kaki?) Saya mendahului dengan ribuan terima kasih atas bantuan saudara/saudari. | DBP bersetuju dengan cadangan terjemahan bagi istilah 'road access' sebagai 'laluan jalan' manakala istilah 'river access' sebagai 'laluan sungai' tetapi istilah 'on foot' lebih tepat diterjemahkan sebagai 'laluan pejalan kaki'. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.12.2006 |
| Dalam pembinaan ayat selepas nombor roman adakah ditulis huruf besar atau huruf kecil. Sebagai contoh seperti di bawah. Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah : i. merobohkan bangku konkrit; ii. membina tandas baharu iii. mengalihkan tiang gol ; dan iv. membina pejalan kaki. Mohon komen cara penulisan saya di atas adakah betul atau salah. Juga mohon diperbetulkan jika salah. | Penggunaan huruf besar dan kecil pada pangkal ayat selepas nombor roman bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Bagi contoh yang diberikan, huruf pada pangkal ayat menggunakan huruf kecil kerana ayat tersebut membahagikan satu ayat yang sama kepada beberapa bahagian. Oleh yang demikan, kami mencadangkan susunan ayat seperti yang berikut: Antara kerja-kerja yang perlu dilaksanakan ialah i. merobohkan bangku konkrit, ii. membina tandas baharu, iii. mengalihkan tiang gol, dan iv. membina laluan pejalan kaki. Manakala, huruf besar pada pangkal ayat digunakan dalam bentuk isi penting (point form), seperti contoh yang berikut: Senarai jabatan/bahagian yang terlibat adalah seperti yang berikut: i. Jabatan Pengurusan Personel. ii. Jabatan Dasar. iii. Bahagian Pentadbiran Am. iv. Bahagian Penguatkuasaan. | Lain-lain | 06.08.2025 |