| Saya mencari maksud perkataan "rentis". Setelah membuat carian di carian kata, tiada maksud bagi perkataan rentis. Perkataan ini telah digunakan terutamanya bagi kata nama khas seperti Rentis Gunung Tahan di Taman Negara Pahang, Merapoh sebagai nama denai yang digunakan menuju ke puncak Gunung Tahan. Begitu juga tiada maksud bagi perkataan "merentis", perkataan yang sering digunakan untuk mewakili perbuatan membuka laluan baharu di dalam kawasan hutan. Saya mohon pencerahan. Terima kasih. | Tiada perkataan rentis dan merentis seperti yang dinyatakan. Sekiranya bersesuaian dengan konteks penggunaan, kami mencadangkan perkataan yang paling hampir dengan konteks tersebut ialah rintis dan merintis. Rintis bermaksud jalan kecil yang baru dibuat di dalam hutan, manakala merintis pula bermaksud menerangi hutan (dengan menebangi kayu-kayuan dan lain-lain) untuk membuat jalan dan memancang tanah yang akan dibuat jalan. | Makna | 23.12.2022 |