DBP ada menyediakan kamus bahasa latin ke bahasa melayu tak?maksudnya, alihan bahasa? dan di bahagian mana kamus itu boleh didapati di DBP? | DBP sehingga kini masih belum menerbitkan kamus bahasa Latin- bahasa Melayu. Harap maklum. | Lain-lain | 05.11.2007 |
Saya tinggal di Jerman dan sekarang sedang berusaha untuk menyunting Wikipedia bahasa Melayu. Tolong berikan kata ganda bagi kata nama: kuantum. Adakah kuantum-kuantum? Di dalam bahasa Latin, kata ganda bagi kata nama ini ialah quanta (quantum (sing.)). Memandangkan hukum di dalam bahasa Latin amat berlainan dengan bahasa Melayu, saya mencadangkan untuk mengguna kuantum-kuantum. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kuantum bermaksud 1. banyaknya,bilangannya 2. bahagian(banyak)yang tertentu3. (Fiz)kuantiti tenaga tertentu yang boleh diserap atau dibebaskan oleh sesuatu sistem. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu perkataan ini tidak perlu digandakan. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
istilah pesona nan grata | Pesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut. | Makna | 03.11.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan lingua franca | Lingua franca merupakan bahasa Latin yang bermaksud bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa. | Makna | 15.08.2007 |
apakah tatabahasa tradisonal? | Tatabahasa tradisional adalah mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani. Tatabahasa ini dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain dan bercirikan kajian bahasa sebelum linguistik moden. | Tatabahasa | 27.07.2006 |
Adakah akhiran -is juga merupakan imbuhan pinjaman daripada Bahasa Inggeris? | Antara bentuk akhiran asing daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris termasuklah -is seperti ekonomis dan prgmatis. | Tatabahasa | 24.03.2013 |
"genius" adalah dalam bahasa melayu atau english? Kalau "genius" adalah dalam bahasa melayu, bolehkah saya dapat surat sokongan bagi perkataan ini. TQ :) | Istilah 'genius' berasal daripada bahasa Latin, bukan daripada bahasa Inggeris. Bahasa Melayu meminjam istilah 'genius' dengan mengekalkan bentuk ejaannya. Jika saudara memerlukan jawapan secara bertulis sila kemukakan pertanyaan secara bertulis kepada Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Istilah | 28.03.2011 |
saya pelajar uitm shah alam dan bercadang handak menubuhkan satu kumpulan gendang jalanan seperti yang telah ada sekarang iaitu gendang simfoni malaysia..konsep kumpulan kami ini hanya memainkan irama2 melayu,latin,arab,asli,tradisional menggunakan gendang sahaja.. Kesemua proses penubuhan sudah saya siapkan tapi masalah kami sekarang ialah nama kumpulan ini.. bagi tujuan komersial,saya ingin mendapatkan nama yang mudah dan melambangkan ciri2 malaysia agar nama dan konsep kumpulan kmi bercirikan malaysia..tidak terlalau panjang dan tidak susah untuk di sebut.. saya harapkan mendapat beberapa cadangan yang bernas dari pihak tuan bagi memartabatkan melayu di mata dunia.. sekain,Wassalam.. | Nama kumpulan saudara memang sudah menarik. Buat masa ini kami masih mencari nama yang lebih sesuai. Pihak kami akan menghubungi saudara sekiranya mendapat nama yang lebih baik. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.09.2007 |
apakah 5 teknik pengajaran yang berkesan untuk mengajar kata terbitan imbuhan pinjaman? | Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 10 : Pembentukan Perkataan Baharu ; Imbuhan Sanskrit, Arab - Parsi dan Yunani - Latin - Inggeris. | Tatabahasa | 05.07.2008 |
Are there any Kamus Dewan providing source languages of foreign terms used in Bahasa Malaysia? | Sila kemukakan pertanyaan dalam bahasa Melayu. Untuk makluman saudara, Kamus Dewan merupakan kamus ekabahasa (bahasa Melayu - bahasa Melayu) dan perkataan yang diambil daripada bahasa asing dilabelkan dalam entri kata tersebut seperti prima facie dilabelkan sebagai Latin, iaitu istilah khusus yang diambil daripada bahasa Latin. | Lain-lain | 11.06.2012 |