Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Lekafon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Takrif lekafon.

Lekafon ialah istilah bahasa Melayu untuk ‘phubbing (bidang Teknologi Maklumat). Lekafon boleh ditakrifkan sebagai amalan mengabaikan teman atau sahabat kerana asyik bermain atau menggunakan telefon atau peranti elektronik lain.

Makna28.06.2018
Mengapakah lekafon dieja dekat? Adakah leka- dianggap awalan sama seperti pra-, pasca- dan swa- atau -fon dianggap sebagai akhiran seperti - wan, -wati.Perkataan leka bukan tergolong dalam kumpulan imbuhan awalan atau dan akhiran.  Perkataan lekafon diambil daripada istilah sumber bahasa Inggeris, iaitu “phubbing”. Kata asal istilah “phubbing” adalah daripada gabungan perkataan “phone” dan “snubbing” (Phone + snubbing). “Phone” bermaksud telefon manakala “snubbing” bermaksud tidak mempedulikan, mengendahkan atau leka. Gabungan perkataan dalam bahasa Melayu membentuk perkataan leka telefon atau akronimnya lekafon.Istilah28.06.2018
Maksud Phubbing?Padanan yang tepat bagi istilah "phubbing" ialah "lekafon", iaitu mengabaikan orang lain dengan memberikan perhatian kepada telefon atau peranti mudah alih. (Rujukan: Kamus Teknologi Maklumat: Multimedia dan Teknologi Maklumat dalam Masyarakat)Istilah13.01.2021

Kembali ke atas