| Bolehkah anda pastikan kesalahan dalam ayat ini? Alif dan Kumaran membincangkan tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. | Ayat yang betul ialah : Alif dan Kumaran membincangkan masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka ataupun Alif dan Kumaran berbincang tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja, halaman 150. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
| apakah yang dimaksudkan dengan lumba haram | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan lumba bermaksud perlawanan beradu cepat. Perkataan haram bermaksud ditegah(terlarang) oleh undang-undang, tidak sah di sisi undang-undang. Oleh itu lumba haram bermaksud perlawanan yang ditegah oleh undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang. | Makna | 10.04.2008 |
| Salam sejahtera tuan. Adakah frasa/ayat di bawah ini betul? 1. kegiatan lumba haram 2. di tingkatan 1 3. hujan turun tidak henti-henti sejak pagi tadi 4. sebiji telur atau sebutir telur? Terima kasih. | Frasa yang betul adalah seperti yang berikut: 1. kegiatan lumba haram 2. di tingkatan 1 3. hujan turun tidak berhenti-henti sejak pagi tadi 4. sebiji telur 5. sebutir telur | Tatabahasa | 18.08.2022 |
| sy ingin tahu..maksud istilah 'mat rempit ' dan sipa yg mengutarakannya.. | Mat rempit atau lumba haram merujuk orang yang terlibat dalam kegiatan berlumba motosikal yang tidak dibenarkan dan di tempat laluan awam. Untuk maklumat perinci sila rujuk makalah yang berkaitan, terima kasih. | Istilah | 27.07.2009 |