| Ly Iza SUN 14:51 Assalamualaikum Datuk/puan yang hormati: Saya dari Kemboja pelajar lulusan Agama peringkat bachelor degree di Saudi Arabia, Riyadh city, dan lulusan peringkat masters degree di kemboja. Saya dapat maklumat dalam Facebook, bahawa ada jawatan kosong diiklankan, maka saya ingin bertanya adakah dapat menerima orang Kemboja berkerja di sana? Harap tuan/puan maaf kami kerana soalan ini, jutaan terima kasih | Waalaikummusalam, Tuan/Puan, Untuk makluman tuan/puan, jawatan kosong yang dibuka khas untuk Rakyat Malaysia yang memiliki syarat kelayakan yang dinyatakan dan syarat tambahan yang lain. Sebarang pertanyaan yang lebih lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi staf kami melalui e-mel alias@dbp.gov.my atau nombor telefon 03-2147 9345 Terima kasih. | Lain-lain | 19.03.2017 |
| Saya ly safeey sedang belajer Bahasa melayu dasaa , Universiti fatoni ingin bertanya : apakah makna FALASAFAH Terima kasih | Falsafah bermaksud pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. | Makna | 03.11.2015 |
| Apa makna kependekan 'fml' di prpm? Ada senarai kependekan lain yang boleh saya dapatkan dalam talian? | Kependekan “fml” bermaksud formal (ly). Senarai kependekan yang khusus tidak terdapat dalam talian kami, walau bagaimanapun, senarai tersebut terdapat dalam beberapa buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, antaranya Kamus Dewan Perdana dan Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Lain-lain | 05.08.2022 |