Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (me­ngandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : akronim bagi Majlis Kanser Nasional. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : erti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makna (kata nama)
Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir, takwil;,
Kata Terbitan : bermakna, memaknakan,

Puisi
 

Pagar besi pagar kota,
     Sampai ke taman bunga;
Abang tak reti adik berkata,
     Abang tak tahu apa makna.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Selauk senasi.

Bermaksud :

Sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dua badan senyawa, b. Satu nyawa dua badan, c. Sejiwa dua tubuh, d. Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran, e. Setikar seketiduran).

 

Lihat selanjutnya...(958)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah yang dimaksudkan dengan integriti?Integriti mempunyai dua makna iaitu makna pertama - kejujuran; dan makna kedua - keadaan sempurna dan utuh. Untuk maklumat lanjut tuan boleh merujukhttp://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=integritiMakna09.01.2013
Salam. Saya ingin mengetahui pengertian semantik secara ringkas ? Sekian , terima kasihSematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP.Tatabahasa24.03.2012
apakah maksud leksikal.bagaimanakah makna dapat dilihat melalui aspek leksikalBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, leksikal bermaksud 'berkenaan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Makna leksikal bermaksud 'makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaaannya dalam ayat dan sebagainya).Makna08.10.2011
APA ITU SEMANTIK DAN PERISTILAHANNYASemantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata dan peristilahan bermaksud yang berkaitan dengan pembentukan istilah.Makna29.11.2011
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih!Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.Sastera08.03.2012
Tuan, pada kebiasannya makna sesuatu kata majmuk ialah makna baharu hasil daripada gabungan/ rangkaian dua atau lebih kata dan bukanlah membawa makna asalnya. Contohnya "guru besar' bukan 'guru', bukan 'besar'. Contoh ke-2 : 'kapal terbang' bukan lagi bermaksud 'kapal' mahupun 'terbang' tetapi wujud makna baharu. Jika " hal ehwal', kata majmuk ini masih bermaksud 'hal', cuma ditambah sebagai 'bermaksud berbagai-bagai'. keadaan ini sama seperti fungsi penggandaan' tetapi tiada tanda sempang. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan perkara ini kepada murid yang bertanya ini? terima kasih.Pendapat tuan betul, kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna. Hal ehwal bukan kata majmuk, sebaliknya hal ehwal ialah frasa nama. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa06.09.2012
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
MAKNA AYAT DAN SN YANG Apa beza maksud e.g. hal lain vs hal yang lain orang lain vs orang yang lain TKYang ialah kata hubung pancangan relatif, berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain seperti Budak yang sedang membaca itu adik saya. Frasa yang lazim diungkapkan ialah 'hal lain' atau 'hal-hal lain'. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 252.Tatabahasa02.03.2012
makna perkataan konstruk berkaitan novel rentong.dan boleh bagi contohnya tak.satu lagi makna susur galur nak tahu makna dan contoh penggunaannyaKonstruk ialah kumpulan idea atau gagasan idea yang terdapat dalam sesebuah novel. Saudara perlu merujuk novel berkenaan atau mendapatkan buku ulasan mengenai novel tersebut. Susur galur bermaksud susunan keturunan atau salasilah keturunan bangsa atau ras hinggalah kepada peringkat awal-awal sekali lahirnya sesuatu bangsa itu.Sastera27.04.2012
PENYENGGARAAN ATAU PENYELENGGARAANKEDUA-DUA PENYENGGARAAN DAN PENYELENGGARAAN ADALAH BETUL DAN MEMPUNYAI MAKNA YANG SAMAMakna14.03.2011
12345678910...

Kembali ke atas