| Antara [di bawah] dan [bawah], yang manakah betul penggunaannya dalam ayat berikut? Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf secara sah [di bawah/bawah] Akta Universiti dan Kolej Universiit (AUKU) 1971. | Penggunaan frasa yang betul ialah frasa sendi nama “di bawah”, contohnya “Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf secara sah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 226. | Tatabahasa | 24.07.2025 |