Bagaimanakah cara untuk batangkan suku kata bagi perkataan "makanan" dan ? Adakah "ma + kan + an" atau " ma + ka + nan" ? | Membatangkan suku kata makanan ialah ma.kan.an. manakala membatangkan mengikut sebutan ialah ma.ka.nan. | Ejaan | 24.10.2013 |
Salam, "makanan" dibatangkan "ma+ka+nan" atau "ma+kan+an"? | Jawapan yang betul ialah ma+ka+nan | Lain-lain | 30.03.2022 |
Saya ingin tahu adakah pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut betul: 1) harimau (ha-ri-ma-u) 2) memakai (me-ma-ka-i) 3) bagaimanakah (ba-ga-i-ma-na-kah) 4) balai (ba-la-i) 5) angpau (ang-pa-u) 6) haiwan (ha-i-wan) 7) sungai (su-nga-i) 8) pandai (pan-da-i) Saya harap pihak saudara tidak mengelirukan (penggalan suku kata) dengan (pemenggalan sebutan). Sebab apa yang saya ingin tahu adalah (Pemenggalan Suku Kata). Terima kasih. | (1) harimau (ha.ri.mau) (2) memakai (me.ma.kai) (3) bagaimanakah (ba.gai.ma.na.kah) (4) balai (ba.lai) (5) angpau (ang.pau) (6) haiwan (hai.wan) (7) sungai (su.ngai) (8) pandai (pan.dai) | Tatabahasa | 02.04.2018 |
1. Di Istilah MABBIM ada perkataan "mare". Bagaimana hendak menyebutnya? [ma.re] atau [ma.ré]? 2. Bagaimana hendak menulis qamari dalam tulisan Jawi? | 1. [ma.ré]? 2. qaf mim ro ya | Lain-lain | 03.12.2014 |
Bagaimana mencerakinkan suku kata untuk perkataan berimbuhan berikut: makanan (ma+ka+nan atau ma+kan+an), mengatasi (me+nga+ta+si), mengekori (me+nge+ko+ri atau me+nge+kor+i) | Merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, perkataan makanan disebut, [ma.kan.an], mengatasi [me.nga.ta.si], mengekori [me.nge.ko.ri].
| Tatabahasa | 04.05.2013 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
Perkataan `Al’ di depan nama Arab Bagaimana mengeja nama orang Arab yang bermula dengan `Al’ dalam dua situasi. Contohnya: Al-Ma’mun. 1. Situasi di depan nama – Al-Ma’mun. Apakah huruf `A’ itu mesti huruf besar (bukan di permulaan ayat) seperti: Dalam kitabnya, Al-Ma’mun menjelaskan … 2. Situasi di tengah nama - Ishaq al-Junaidi. Apakah huruf `A’ itu ditulis dengan huruf kecil atau huruf besar? 3. Apakah ejaan `al’ dikekalkan sekiranya terletak di depan perkataan Arab yang bermula dengan huruf d, n, r, s, dan t, seperti: ‘al-Duha’ atau `ad-Duha’? ‘al-Nisa’ atau 'an-Nisa’? ‘al-Ra’d’ atau `ar-Ra’d’? ‘al-Syu’ara’ atau ‘as-Syu’ara’? ‘al-Takwir atau ‘at-Takwir’’? `al-Zalzalah’ atau `az-Zalzalah’? *Apakah kemungkinan ejaannya kekal tetapi sebutan sahaja yang berubah? | Mengikut buku Gaya Dewan, ejaan "Al" untuk nama pada awal ayat, gunakan huruf besar. Contoh: Al-Makmun. Sekiranya di tengah ayat, gunakan huruf kecil. Contoh: Dalam kitabnya, al-Makmun mengatakan....Untuk nama Ishak al-Junaidi, gunakan huruf kecil. Ejaan "al" dikekalkan sekiranya terletak di hadapan huruf d, n, r, s dan t. Contoh: al-Duha, al-Ra'd, al-Nisa' dan sebagainya. | Ejaan | 20.12.2016 |
salam, cara baca yang betul bagi "permainan" ialah "per+ma+in+an" atau "per+ma+i+nan"? | Jawapan yang betul ialah [per.mai.nan] | Ejaan | 06.07.2021 |
Apakah perceraian suku kata bagi perkataan "permainan"? Adakah: 1. Per-ma-in-an 2. Per-ma-i-nan 3. per-main-nan terima kasih | Per.mai.nan (pemenggalan suku kata yang betul) | Lain-lain | 02.02.2018 |
Ejaan bagi perkataan 'masalah' sepatutnya di sebut [ /ma/sa/lah/]. Namun kebiasaan penutur Bahasa Melayu menyebut [ma/ sa/ a/lah]. | Sebutan yang betul untuk perkataan "masalah" ialah mas.a.lah (mas/a/lah). | Tatabahasa | 05.07.2013 |