Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sekutu (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, teman, pengikut, taulan, saing, handai, konco, pasangan, kerabat, kenalan, rakan, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan gabungan: syarikat, ikatan, kombinasi, perkumpulan, pertubuhan, kelompok, kesatuan, golongan,
Berantonim dengan individu

Kata Terbitan : menyekutui, menyekutukan,mempersekutukan, persekutuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hakim Lau juga tidak menerima hujah Pejabat Peguam Negara bahawa permohonan itu bersifat akademik semata-mata berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu bahawa SPR dan bukan Speaker mempunyai hak untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi pilihan raya. Apakah maksud 'bersifat akademik' dalam petikan tadi?Bersifat atau mengenai ilmu pengetahuan.Lain-lain22.10.2009
Persekutuan dalam teks di bawah harus menggunakan huruf kecil atau besar? Hujah ini turut disokong oleh Ahmad Ibrahim (1997) yang menegaskan bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam aspek jenayah adalah “sangat terbatas” kerana terikat kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355], selain kekangan perlembagaan yang meletakkan kebanyakan kesalahan jenayah bawah kuasa persekutuan.Perkataan "persekutuan" dalam konteks ayat tersebut bukan merupakan jenis kata nama khas dan harus dieja dengan huruf kecil.Tatabahasa19.01.2026
Tuan, Saya merujuk percakapan telefon antara saya dan Pn Rohayu, DBP. Saya ingin mendapatkan pengesahan bagi nama rasmi bangunan tambahan Mahkamah Shah Alam. Untuk pengetahuan tuan, nama bangunan utama "Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul AzizShah" Kemuskilan kami adalah untuk menamakan bangunan tambahan ini. Nama cadangan kami "Bangunan Tambahan Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah." Namun Dato Ketua Pendaftar Mah Persekutuan mengarahkan saya merujuk DBP untuk pengesahan. Tindakan awal didahului dengan ribuan terima kasihCadangan DBP ialah Bangunan Tambahan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.Lain-lain04.04.2011
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?.Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih.Lain-lain02.11.2007

Kembali ke atas