| Salam sejahtera. Panggilan keluarga seperti Along, Angah, Pak Long dan Mak Su dikategorikan sebagai frasa nama khas atau frasa nama am? Adakah huruf pertama bagi panggilan-panggilan tersebut perlu ditulis dengan huruf besar? (Contoh: Pak Long, Mak Su) Saya agak keliru kerana terdapat data dalam PRPM yang menggunakan huruf besar serta huruf kecil bagi merujuk panggilan yang sama. (Contoh: mak su, Mak Su) Mohon pencerahan. Terimas kasih. | Panggilan keluarga seperti along, angah, pak long dan mak su dikategorikan sebagai kata nama am dan ditulis huruf kecil di tengah ayat dan huruf besar pada permulaan ayat (Along, Angah, Pak long, Mak su). Walau bagaimanapun, panggilan tersebut menjadi kata nama khas apabila bergabung dengan nama individu. Contohnya, Along Ayuni, Angah Athirah, Pak Long Awang dan Mak Su Hamuni. | Lain-lain | 28.06.2019 |
| Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih. | 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam. | Tatabahasa | 08.05.2017 |
| adakah ayat-ayat berikut betul dari segi penggunaan kata 'ambil berat' ? 1) Ibu bapa harus ambil berat akan anak-anak mereka. 2) Mereka sangat ambil berat terhadap anak-anak yatim. 3) Mak Su sangat ambil berat terhadap jirannya. | Ambil berat bermaksud memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu atau seseorang. Dari segi konteks penggunaan perkataan "ambil berat" dalam ayat di atas adalah betul. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
| mak usu,mak ngah,pak long adakah tergolong dalam kata nama am atau khas? | Kamus Dewan, Edisi Keempat, halaman 980: mak bongsu, iaitu mak cu, mak su dan mak usu dieja dengan huruf kecil. mak usu, mak long ialah kata nama am, tetapi menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Su Limah dan Mak Long Siti. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
| anak pertama = anak sulung, boleh dipanggil kak long? anak kedua= boleh dipanggil kak ngah? anak ketiga nak panggil apa? anak keempat boleh dipanggil adik su ( adik bongsu)? | Anak ketiga lazimnya dipanggil Alang. Panggilan yang biasa ialah Kak Lang dan Mak Lang. | Makna | 19.02.2008 |
| Salam, Adakah penggunaan perkataan seperti datuk, datin, tan sri ataupun puan sri di dalam sesuatu dialog itu dikira sebagaikata nama khas? Cthnya: "Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri." adakah perkataan tan sri pada dialog di atas merujuk kepada kata nama khas atau kata nama am sepertimana nama panggilan mak long, pak su dsb | Gelaran seperti Tan Sri, Puan Sri, Dato, Datin merupakan kata nama khas dan hendaklah ditulis menggunakan huruf besar. Contoh penulisan nama gelar Tan Sri dalam ayat ini ialah ""Saya akan cuba laksanakan tugas itu dengan sebaik mungkin Tan Sri", kata Dian. | Lain-lain | 24.11.2021 |