| Assalamualaikum tuan, Saya mempunyai dua kemuskilan 1.Bagaimana mengeja parkataan pakaian.Adakah dua sukukata atau tiga. 2.Mak Usu,Mak Long adakah kata nama khas atau kata nama am atau kata gelaran | 1. Ejaan pakaian tiga suku kata - pa.kai.an tetapi disebut dengan dua suku kata - pa.kaian 2. Mak usu, mak long ialah kata nama, kecuali Mak Usu Limah dan Mak Long Siti ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 31.01.2012 |
| Saya ingin merujuk kepada buku teks Bahasa Malaysia tahun dua KSSR,tema 1 dan 2-mak usu,pak usu,pak ngah dan pak long ditulis dengan huruf besar.Terima kasih jikaada tindakan segera. | Salam. 1. Penggunaan huruf besar bagi mak usu, pak usu, pak ngah dan pak long kerana merujuk terus kepada watak khusus dalam gambar, tema dan unit berkenaan. 2. Kandungan buku ini telah dirujuk kepada pakar bahasa seperti yang terdapat pada halaman penghargaan buku berkenaan. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2013 |
| Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak. | Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan. 1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya. 4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai. 5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak | Tatabahasa | 05.04.2013 |
| mak usu,mak ngah,pak long adakah tergolong dalam kata nama am atau khas? | Kamus Dewan, Edisi Keempat, halaman 980: mak bongsu, iaitu mak cu, mak su dan mak usu dieja dengan huruf kecil. mak usu, mak long ialah kata nama am, tetapi menjadi kata nama khas apabila ada nama khusus digandingkan bersama seperti Mak Su Limah dan Mak Long Siti. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
| Salam, boleh saya dapatkan senarai sapaan anak/nama pangkat mengikut kedudukan dalam keluarga, misalnya anak pertama dipanggil Pak Long, anak kedua dipanggil Pak Ngah, dan seterusnya? Sekian, terima kasih. | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah ; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Tatabahasa | 28.10.2012 |
| assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |