Yang mana paling tepat: 1. ... kota Makkah 2. ... Kota Makkah | Huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
yang mana betul mekah, makkah atau mekkah? bolehkah disertakan sekali dengan perkataan ini "al mukarramah" contoh ayat: "saksikan siaran langsung solat terawih dari MEKAH/MAKKAH/MEKKAH AL-MUKARRAMAH " | Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 17.05.2016 |
Bagaimana menulis Kota Damsyik atau Kota Makkah. Perlukah menggunakan huruf besar pada pangkal Kota? | Ejaan yang digunakan ialah Mekah atau Makkah, atau lazimnya disebut kota suci Mekah. Oleh itu, huruf "k" bagi "kota" hendaklah ditulis menggunakan huruf kecil bagi kota Makkah. Begitu juga dengan kota Damsyik. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
antara perkataan berikut yang mana betul? hadis @ hadith? redha @ reda? Mekah @ Makkah? saidina@sayidina? | JAWAPAN BETUL HADIS, REDA, SAYIDINA, MEKAH @ MAKKAH-KEDUA-DUANYA BOLEH DIGUNAKAN. | Ejaan | 09.08.2012 |
Saya ingin mendapat kepastian ejaan yang betul bagi perkataan ini `Mekah' atau `Makkah'. Keputusan ejaan DBP ini akan saya gunakan untuk menulis artikel berkaitan dengan Islam agar tidak perlu kesilapan ejaan. Apakah gaya penulisan ini berbeza untuk teks atau karya imiah berkaitan agama atau tulisan untuk rencana biasa. | Mekah atau Makkah, kedua-dua bentuk ejaan tersebut diterima dalam bahasa Melayu. | Istilah | 09.03.2013 |
Antara istilah Mekah dan Makkah, yang mana satu tepat? | Kedua-dua bentuk ejaan tersebut diterima dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 17.08.2020 |
1. Ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan perkataan `HIJRAH'. Mabi Muhammad berhijrah dari Mekah ke Madinah Apakah untuk sebutan tahun digunakan Hijrah atau `HIJRIAH' seperti tahun 1437 Hijrah atau 1437 Hijriah. 2. Ejaan `Mekah' atau `Makkah'. Ejaan mana yang sesuai untuk ditulis dalam buku sejarah agama Islam yang sedang saya sunting? | Selamat Tengah Hari 1. Ejaan yang betul Hijrah (Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah). 2. Menurut data kami, kedua-dua bentuk ejaan Mekah atau Makkah diterima dalam bahasa Melayu. Dalam buku pendidikan Islam DBP, ejaan Makkah digunakan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 10.06.2016 |
Ejaan manakah yang betul, Mekah atau Makkah? | Kedua-dua ejaan betul, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan mecca. | Ejaan | 29.11.2011 |
Merujuk soalan kedua saya lalu, pihak tuan menyebut ejaan makkah dan Mekah diterima. Bagaimana ejaan nama-nama tempat yang lain? yg memiliki banyak versi sedangkan DBP memperjuang kecelaruan ejaan. Apakah pengguna bahasa Melayu mahu mengguna ejaan Tarabulus atau Tripoli, Sibtah atau Ceuta. Dan banyak lagi ejaan nama tempat yang berbagai versi. | Untuk makluman tuan, tidak semua nama tempat di dunia terakam dalam data terbitan kami. Sebagai pihak yang berwenang, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerbitkan Garis Panduan Penentuan Nama Geografi sebagai panduan dan rujukan nama-nama tempat di dalam dan luar Negara. Garis Panduan ini juga tidak menyenaraikan semua nama tempat, hanya beberapa tempat/negara sebagai contoh dalam penamaan. Data DBP menggunakan nama Tripoli, dan tidak ada data yang berkaitan dengan Sibtah atau Ceuta. Sila nyatakan nama tempat yang digunakan dalam berbagai versi dalam data terbitan kami seperti yang tuan nyatakan untuk kami membuat semakan. | Tatabahasa | 06.09.2014 |
Salam, Apakah kata ganti nama ketiga bagi laksamana? Sebagai contoh, "Laksamana Hang Tuah pergi ke Makkah lalu _____ singgah di makam Siti Hawa." Adakah "beliau" atau "baginda" sesuai bagi konteks tersebut. Terima kasih. | Kata ganti nama bagi Laksamana Hang Tuah ialah beliau. | Tatabahasa | 24.10.2022 |