Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Maluri


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan kata ganti nama guru besar, bilakah perlu dieja dengan huruf besar (selain daripada permulaan ayat)?Untuk makluman, guru besar ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.Tatabahasa10.09.2013
Salam. "Guru Besar" atau "guru besar " Terima kasih.Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar.Tatabahasa23.07.2013
Jika murid menulis laporan tentang sesuatu aktiviti yang telah diadakan di sebuah sekolah, contohnya SJKC Keng Meng. Sama ada guru besar yang disebutkan perlu ditulis dalam huruf besar?Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar.Tatabahasa12.11.2013
perkataan guru besar ini ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil. (Guru Besar atau guru besar).contohnya, Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. terima kasihJika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar. Bagi contoh ayat tersebut, hanya huruf 'g' sahaja perlu ditulis dengan huruf besar kerana permulaan ayat.Lain-lain07.10.2010
Salam, Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Bolehkah tuan/puan jelaskan penggunaannya dengan lebih jelas?Antara istilah di bawah ini yang manakah tepat? 1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari 2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar 3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas 4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan Setakat pemahaman saya, jika jawatan itu disertai dengan kata nama khas, maka ejaannya perlulah menggunakan huruf besar. Namun, bagaimanakah pula jika jawatan itu bukanlah jawatan yang besar dan diiktiraf seperti ketua pengawas, pengerusi persatuan dan sebagainya? Sekian, terima kasih.1. ketua kelas Tahun Lima Bestari @ Ketua Kelas Tahun Lima Bestari = Ketua Kelas Tahun Lima Bestari

2. Saya ingin berjumpa dengan guru besar @ saya ingin berjumpa dengan Guru Besar = Saya ingin berjumpa dengan guru besar.

Guru Besar ditulis dengan huruf besar sekiranya merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri.

3. guru kelas Tahun Enam Cerdas @ Guru Kelas Tahun Enam Cerdas =  Guru Kelas Tahun Enam Cerdas

4. ketua murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan @ Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan = Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Taman Ehsan.

guru besar, guru kelas, ketua murid ialah kata nama am. Oleh itu, kata-kata tersebut tidak perlu ditulis dengan huruf besar pada awal kata. Sekiranya merujuk kata nama khas, huruf di awal kata ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa26.12.2012
Sama ada "guru besar" dikehendaki tulis dalam huruf besar? Terima kasih
Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar.
Ejaan08.11.2013

Kembali ke atas