tahun sebelum masihi dan tahun masihi. | Tahun masihi dihitung dari tarikh Nabi Isa dilahirkan dan tahun sebelum masihi ialah tahun sebelum peristiwa kelahiran nabi Isa. | Makna | 12.02.2009 |
Salam sejahtera, Saya kini sedang belajar sejarah bahasa Melayu di universiti saya. Saya agak keliru dengan pengunaan tarikh Masihi berbanding dengan abad. Contohnya, sebuah batu bersurat dijumpai di Kuala Berang yang bertarikh 1303 Masihi. Abad ini juga dikenali sebagai abad ke-14. Setahu saya, seabad mengandungi 100 tahun. Mengikut kiraan, bukankah abad itu sepatutnya dikenali sebagai abad ke-13? Saya berharap tuan/puan dapat menyelesaikan kemusykilan saya. Sekian terima kasih. Yang benar, Brian Kumar | Kiraan abad bermula dari tahun 1 - 100 = abad pertama, 101 - 200 = abad ke-2, 201 - 300 = abad ke-3 dan begitulah seterusnya hingga tahun 1301 - 1400 = abad ke-14. | Lain-lain | 11.11.2010 |
bahasa melayu komunikasi-komunikasi bertulis | Bahasa Melayu telah menjadi bahasa persuratan sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. Banyak kitab agama dan hikayat tersohor telah ditulis oleh pembesar Melayu. Selain, dalam persuratan, bahasa Melayu pada zaman itu juga telah dijadikan bahasa pentadbiran, perniagaan dan bahasa komunikasi sosial. Hingga sekarang, bahasa Melayu tetap menjadi media komunikasi dalam semua aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Dalam konteks bahasa Melayu komunikasi sama ada secara lisan ataupun tulisan, penggunaan bahasa Melayu adalah berkaitan dengan aspek tatabahasa yang betul, laras yang sesuai, santun, dan mudah difahami. Dalam bidang penulisan, penulis mestilah seseorang yang mempunyai pengetahuan bahasa Melayu yang tinggi dan menguasai bidangnya apabila menggunakan bahasa Melayu terutama dari segi istilah dan laras. | Lain-lain | 09.02.2008 |
apakah maksud neoplatonisme yang mudah untuk difahami | Neoplatonisme adalah cabang ilmu sejarah dan falsafah. Aliran ini diperkenalkan oleh Plato pada abad ketiga Sebelum Masihi. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila buka Wikipedia dan cari Neoplatonisme. | Lain-lain | 31.01.2008 |
Bagaimanakah cara yang betul bagi menulis tahun Islam? a. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m. 117H) b. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m.117H) C. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M. 117 H) d. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M.117H) Adakah m. itu adalah Masihi? | Untuk makluman tuan, maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan, M merupakan kependekan kepada perkataan Masihi. Berdasarkan rujukan kami, tahun Islam ditulis seperti 1434H. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih | Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi. Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987. | Lain-lain | 22.01.2010 |