Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. apa yg dikehendaki Allah; 2. sr kata utk menyatakan perasaan hairan dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg dikehendaki Allah. 2 kata yg diucapkan utk menyatakan rasa hairan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Masya-allah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah cara menulis kata ganti diri bagi Tuhan adalah begini, kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah, masya-Allah dan sebagainya? Adakah salah jika tidak diletakkan sempang?Ejaan yang betul ialah kepada-Mu, pada-Nya, insya-Allah dan masya-Allah. Salah dari aspek ejaan jika tidak meletak tanda sempang.Ejaan29.10.2011
Selepas perkataan Alhamdulillah, Subhanallah, Masya Allah, dan sebagainya yang menggambarkan ekspresi daripada bahasa Arab, perlukah diletakkan tanda koma selepasnya? Contoh: Alhamdulillah, sihat.Melihat contoh penggunaan "Alhamdulillah, kita telah selamat sampai ..." ada diletakkan tanda koma selepas kata serapan bahasa Arab tersebut.Ejaan12.04.2012
MaShaAllah. Perkataan yang selalu disebut apabila kita melihat sesuatu yang baru dan cantek akan benda-benda yang diperbuat oleh tangan manusia. Tetapi di Malaysia, perkataan ini digunakan secara menyeluruh tak kira baik ataupun buruk. Bolehkah DBP menjelaskan akan makna yang tepat perkataan tersebut dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menggunakan perkataan "MaShaAllah" - untuk perkara yang baik sahaja dan "NauZuBilLah" - untuk musibah dan perkara yang buruk. Terima kasih banyak.Kamus Dewan merakamkan maksud masya-Allah ialah apa yang dikehendaki Allah dan kata seruan untuk menyatakan kehairanan. Perkataan ini boleh digunakan dalam konteks positif atau negatif. Hal ini berbeza dengan kata nauzubillah yang bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah. Semestinya kita mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripadaperkara yang buruk/kejahatan.Makna27.12.2012

Kembali ke atas