Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : suka melihat perempuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ki sangat suka melihat perempuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Apek Luek memakan sirih,
     Sirih dijual jambatan panjang;
Cantik molek kami tak pilih,
     Syukur jangan mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu Zuraidah 16:03 Assalamualaikum. Saya nak tahu tentang status beberaoa peribahasa yang dikatakan salah. Contoh...harapkan pagar, pagar makan padi....dikatakan pegar Melepaskan batuk di tangga....dikatakan batok Mata keranjang...dikatakan ke ranjang Mohpn DBP buat penetapan agar guru2 & pelajar tidak terkeliru & menimbulkan masalah dlm peperiksaan. T.kasih.Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjangLain-lain06.04.2017
Baru-baru ini, saya mendapat info tentang peperibahasa yang ramai tidak sedari di WhatsApp. Ingin saya pastikan kebenarannya. 1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI atau HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI? 2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA atau MELEPASKAN BATOK DI TANGGA? 3. MATA KERANJANG atau MATA KE RANJANG? 4. MERAH PADAM atau MERAH PADMA? 5. MENJOLOK MATA atau MENCOLOK MATA? 6. SALING TAK TUMPAH atau SALIN TAK TUMPAH?

Pendapat baharu tentang peribahasa  yang banyak dibincangkan dalam ruang maya  belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu  (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang; (4) merah padam; (5) mencolok mata; dan (6) saling tak tumpah.

Lain-lain30.03.2017

Kembali ke atas