| Salam...saya nak tanya..yang mana betul..pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan atau pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan? | Perkataan matematik tambahan dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 13.05.2013 |
| Tuan, apakah perbezaan makna antara kata "cuba" dengan kata "mencuba" dalam ayat-ayat sebelah ini? Kata "cuba" atau "mencuba" yang harus digunakan? Ayat: 1. Adila ingin cuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 3. Saya akan cuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. 4. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. | Ayat yang betul ialah: 1. Adila ingin mencuba memulihkan jiwa Bujei. 2. Saya akan mencuba membuat soalan Matematik Tambahan yang sukar itu. Sila rujuk kamus untuk melihat perbezaan makna antara kata cuba dan mencuba.
| Tatabahasa | 16.01.2015 |
| saya dari IPG Kampus Pulau Pinang bersama 10 orang Pelajar Guru ingin membuat satu kajian tindakan di kawasan Simpang ampat, s.perai, pulau pinang dari januari - disember 2015. tajuk kajian ialah "keberkesanan klinik Bagi Matapelajaran Kritikal (SPM) Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Kami ingin bukukan kajian tindakan ini. apakah yang perlu kami lakukan buat masa ini? Bagaimana pula dengan wang perbelajaan? Bagaimana pula dengan dokumentasi dan lapuran? Bagaimana pula dengan kebenaran keluar dari IPG dan sebagainya. Tolong memberi penjelasan atau hubungi di tel.bimbit saya. 017-4369751. (aktiviti dijangka bermula pada 10/01/2015 dan berakhir pada15/12/2015 (pelancaran hasil kerja oleh DBP) | Untuk makluman tuan, DBP tidak menaja penyelidikan yang dibuat oleh mana-mana pihak. Apa yang berlaku ialah penyelidikan bahasa dan sastera yang dibuat oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan tokoh tertentu. | Lain-lain | 15.12.2014 |
| untuk perhatian unit editor buku teks matematik sk tahun 3 semakan 2017 jilid 2 digital. kenapa buku teks matematik tersebut dicampur aduk dengan versi bahasa inggeris? tajuk-tajuk lain semua dalam bahasa melayu tapi untuk tajuk WAKTU DAN MASA. buku teks murid semua dalam bahasa melayu. tetapi buku teks digital bahasa inggeris. saya hanya dibekalkan buku teks digital saja, ini memberi masalah kepada saya tambahan pula bila dalam situasi sekarang. mohon pihak DBP untuk membetulkan versi bahasa melayu tersebut. | Salam tuan, Buku Teks Matematik SK tahun 3 Dimaklumkan bahawa Buku teks digital Matematik tahun 3 diuruskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). DBP hanya menguruskan buku teks secara bercetak sahaja. Walau bagaimanapun masalah tersebut telah dipanjangkan kepada pihak urus setia KPM untuk tindakan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara tersebut, bolehlah menghubungi pihak KPM. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 22.02.2022 |
| Apakah istilah bahasa melayu yang tepat untuk Addition Rule dalam bidang Matematik. Sedia maklum dalam daftar istilah untuk Multiplication Rule ialah Petua Pendaraban. | Salam sejahtera, Tuan, Istilah bahasa Melayu bagi perkataan Addition Rule ialah Peraturan Penambahan atau Rumus Tambahan Sekian, terima kasih. | Istilah | 05.08.2020 |
| Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih. | Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut: (a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan. Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis). (b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994) (c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula. (d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 16.02.2010 |
| 1). Apakah antara cabaran2 dbp dalam memartabatkan bahasa melayu ? 2). Bagaimanakah cara dbp menghadapi masalah seperti isu bahasa rojak yang merosakkan bahasa melayu itu sendiri? 3). Dimana pendirian dalam isu penggunaan bahasa inggeris dalam matematik dan sains? Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan konsep ini dalam sistem pendidikan kita. Dimanakah peranan dbp itu sendiri, adakah sudah terlaksana atau tercapai visi dan misinya? 4). Apakah peranan dbp dalam membina tamadun melalui penggunaan bahasa melayu? | Berhubung dengan permasalahan bahasa, saudara disarankan memanfaatkan laporan/rencana yang disiarkan oleh media cetak dan elektronik dan maklumat tambahan boleh didapati di mana-mana perpustaan atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Berkenaan dengan misi, visi dan peranan DBP, saudara boleh merujuk buku Citra: Dewan Bahasa dan Pustaka (terbitan DBP) yang boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 09.02.2009 |
| Apakah istilah yang sesuai untuk menerangkan perubahan arah sesuatu objek apabila kita putarkan objek itu? Dilampirkan istilah dan penerangan yang saya rasa sesuai dalam lampiran. | Soalan yang dikemukakan berkaitan dengan soalan sebelum ini, iaitu faktor baharu yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang. Jawapan kami: "Dalam Kamus Dewan, kedudukan bermaksud keadaan yang sebenar, dan keadaan ialah hal atau kedudukan pada sesuatu ketika. Pada pandangan kami senget atau terbalik masih boleh diklasifikasikan dalam kedudukan sesuatu objek, melainkan ada dapatan lain/baharu yang menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini, ada baiknya dapatan yang ditemukan (jika persis) dibincangkan dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP." Maklumat tambahan yang dapat kami berikan, dalam bidang Matematik orientasi diterjemahkan kepada penentuan hala terhadap sesuatu, atau hala, seperti ikut arah jam, lawan arah jam, sebelah kiri, sebelah kanan, dan sebagainya. Berdasarkan visual yang dilampirkan, pergerakan yang berlaku ialah lawan arah jam. Oleh itu, pada pandangan kami perkataan hala boleh digunakan. | Tatabahasa | 19.01.2014 |