1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul? | Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah".
| Tatabahasa | 05.07.2013 |
1)Para perwira amat berjasa. Para perwira mempertahankan negara daripada dijajah.(kerana) Jawapan A:Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan B:Para perwira amat berjasa kerana (mereka)mempertahankan negara daripada dijajah. Jawapan yang mana satu betul? |
Jawapan yang betul ialah "Para perwira amat berjasa kerana mempertahankan negara daripada dijajah". | | | Tatabahasa | 04.07.2013 |
Perkataan "mempertahankan" boleh dipakai? ini kerana dalam tatabahasa dewan imbuhan "memper...kan" tidak boleh menerima kata dasarnya, kata adjektif. Bukankah "tahan" ialah kata adjektif? SEKIAN, HARAP DAPAT TERJAWAB MASALAH INI. | Walaupun "tahan" merupakan kata sifat tetapi kata ini abstrak. Kata sifat yang abstrak mempunyai makna yang khusus. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
Sebagai rakyat Malaysia kita harus (mempertahankan / mempertahan ) negara dari ancaman musuh. p/s : ini kerana perkataan "tahan" boleh membawa maksud kata kerja dan kata adjektif. jadi mana lebih tepat dan tolong huraikan sebabnya. terima kasih atas keprihatinan. | Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mempertahankan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya, iaitu negara bagi melengkapkan ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.07.2012 |
Boleh minta nasihat tentang keraguan di bawah? Yang mana betul - seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri? Terima kasih | Pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri | Tatabahasa | 05.04.2020 |
Yang manakah betul? Seni Pertahanan diri ATAU seni mempertahankan diri. terima kasih. | Menurut data kami, jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 10.02.2017 |
Aslmkm. Tolong senaraikan Badan-badan bukan kerajaan yang boleh saya sertai untuk mempertahankan Bahasa Melayu. | Antara Badan-badan bukan kerajaan yang mempertahankan bahasa Melayu, ialah Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI), Badan Bahasa Sabah (BAHASA), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)8, Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan sebagainya. | Lain-lain | 15.01.2011 |
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih. | Janji temu dan seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 24.04.2009 |
saya ingin mendapatkan beberapa kepastian drpd pihak tuan. seni mempertahankan diri atau seni pertahanan diri betul? kereta mainan atau kereta permainan? bolehkah pihak tuan memberikan penerangan yang terperinci? terima kasih. | pertahanan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah manakala mempertahankan bermaksud menjaga supaya kekal atau supaya tidak berubah atau menjaga supaya tidak terancam, melindungi atau membela. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah seni mempertahankan diri.
mainan bermaksud benda yang digunakan (oleh kanak-kanak) untuk bermain manakala permainan merujuk kepada sesuatu yang digunakan untuk bermain. Oleh yang demikian jawapan yang betul ialah kereta mainan. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
1.mengapa dan bagaimana cara untuk mempertahankan,memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek? | Soalan saudara memerlukan kajian yang meluas dan merujuk pelbagai buku yang berkaitan. Antara usaha penting untuk mempertahankan, memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek ialah memperkasakan penggunaannnya di kalangan penutur. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 16.04.2009 |