Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. mengalir dgn deras dan banyak, mencucur: hujan turun ~ dr langit; 2. ki datang dgn banyaknya: tentera Jepun kelihatan ~ masuk ke daerah Brunei; apabila harga getah naik, wang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 mengalir dgn banyaknya serta deras: Hujan yg ~ turun sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah ditenggelami air. 2 ki datang atau terdapat dgn banyaknya: Apabila Israel mengalami kekalahan di tangan Arab, bantuan dr Amerika Syarikat ~ tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Mencurah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi atau bagai mencurah air di daun keladi? Yang mana betul?

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu kata yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Oleh itu, penggunaan peribahasa yang betul ialah "mencurah air ke daun keladi".

Tatabahasa09.05.2019
erti mencurah air ke daun keladiMaksud peribahasa itu ialah memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Makna13.05.2010
Salam sejahtera, 1.peribahasa bagai mencurah air ke daun keladi, kata sendi nama 'ke' boleh digantikan dengan 'di'? iaitu, bagai mencurah air di daun keladi. (bolehkah kedua-dua jawapan itu diterima?) 2. Yang mana satu betul? 3. Sebahagian daripada murid-murid sekolah / murid sekolah sangat rajin.(yang mana satu betul) 4.Sebahagian daripada murid Satu Sopan / murid-muri Satu Sopan 。(yang mana satu betul) Terima kasih.Untuk soalan pertama, cadangan jawapan yang sesuai ialah bagai mencurah air ke daun keladi manakala untuk soalan kedua, jawapan yang betul ialah Sebahagian daripada murid-murid sekolah sangat rajin. Untuk soalan ketiga, yang betul ialah Sebahagian daripada murid-murid Satu Sopan.Tatabahasa23.03.2021
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud?Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Lain-lain09.05.2012
1.Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) bagai mencurah air ke daun keladi? 2. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) membanting tulang. 3. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) rajin macam semut. 4. Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas (ialah/adalah) di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apa jawapan yang betul bagi keempat-empat ayat di atas? Minta penjelasan.Terima kasih.Ialah. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263. Lain-lain09.03.2017
apakah peribahasa yang sama erti dengan 1. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih? 2.mencurah garam ke laut?Dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya", walau bagaimanapun tidak dinyatakan peribahasa yang sama makna dengannya. Peribahasa yang kedua ialah "Memberi garam kepada laut" dan peribahasa yang sama makna ialah "Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja".Lain-lain08.09.2011
membasahi dan membasahkan, bagaimanakah penggunaan perkataan-perkataan ini? terima kasih

Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Istilah28.05.2009
Salam sejahtera, Apakah perbezaan bagi penggunaan "membasahi" dengan "membasahkan"? Sekian, terima kasih.Untuk makluman saudara, membasahi ialah menyebabkan menjadi basah: air mata membasahi pipinya manakala membasahkan ialah menyebabkan sesuatu menjadi basah dengan mencurah (merenjiskan dll) air: membasahkan rambut; membasahkan tekak minum air (sedikit). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa16.04.2013

Kembali ke atas