Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : berkaitan dengan milenium (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Milenial


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya perlukan pengesahan adakah perkataan Milenial boleh digunapakai di dalam kajian saya memandangkan ianya tiada di dalam sistem data DBP sendiri. Terima kasih.Milenial berkaitan dengan milenium. Saudara boleh rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Milenial&d=175768&#LIHATSINI untuk keterangan lebih lanjut.Lain-lain10.01.2023
Tuan, Saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan 'millennial generation' dalam Bahasa Melayu. Bolehkah saya menterjemahkannya kepada generasi milenial dalam penulisan saya. Besar harapan saya agar tuan dapat menjawab persoalan ini kerana saya telah mengemukakan soalan yang sama pada bulan Oktober lalu tetapi masih belum memperoleh jawapan daripada pihak tuan. Terima kasih atas kerjasama.Berdasarkan data DBP, tiada padanan dalam bahasa Melayu untuk istilah 'millennial generation'. Dalam data kami, terdapat istilah generasi milenium (untuk padanan dalam bahasa Inggeris millenium generation) yang merujuk pada generasi yang lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001 (di banyak negara). Istilah generasi milenium juga dikenali sebagai Generasi Y digunakan dalam bidang demografi, sains politik, dan pemasaran.  Istilah28.11.2017

Kembali ke atas