ini ialah soalan pt3 dan arahannya ialah untuk mengenal pasti satu kesalahan ejaan. soalan:Pihak pengurusan syarikat itu bersetuju untuk menggajikan pekerja baharunya dengan gaji minima sebanyak RM900 sebulan jawapan cikgu saya bagi ialah minima harus ditukar kepada minimum tetapi bila saya lihat kamus dewan minima sama maksud dengan minimum apa perbezaannya? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat entri minima diletakkan tanda anak panah dan di hadapannya minimum. Ini bermakna pengguna diminta melihat perkataan di hadapannnya, iaitu minimum, bukanlah minima itu maksudnya minimum. Oleh itu, perkataan yang betul ialah minimum. | Tatabahasa | 29.06.2014 |
Minimum atau minima yang betul? | Ejaan yang betul ialah minimum. | Ejaan | 27.08.2014 |
Mana satu betul? minima atau minimum? Terima kasih | Yang betul ialah minimum yang membawa maksud; (bilangan, banyak, dan lain-lain) yang terkecil atau sedikit sekali. | Istilah | 13.05.2016 |
Yang mana satu betul Minima atau Minimum ? | Yang betul ialah minimum yang membawa maksud; (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali. | Makna | 03.07.2009 |
Yang manakah ejaannya adalah betul? "Maksima" atau "Maksimum"? "Minima" atau "Minimum"? | Ejaan yang betul ialah maksimum dan minimum. | Ejaan | 19.07.2016 |
Istilah minimum dalam Bahasa Melayu/Malaysia adalah mimima atau minimum? Mana yang betul? | Saudara/Saudari, Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, buat masa sekarang, kata minima sudah tidak digunakan lagi dan diganti dengan kata minimum. | Istilah | 06.09.2012 |
Penyemakan struktur ayat: "Sumbangan modal minima RM500 untuk setiap projek." Sila berikan pendapat tentang struktur ayat tersebut. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, buat masa sekarang, kata minima sudah tidak digunakan lagi dan diganti dengan kata minimum. Selain itu, ayat yang dikemukakan juga tergantung dan tidak lengkap. Terima kasih. | Lain-lain | 09.11.2006 |
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James | 1. Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan. | Tatabahasa | 05.04.2019 |