Bolehkah nama pokok asing diterjemahkan terus? Mis beggarweed - rumpai kemis. | Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies rumpai belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian. | Lain-lain | 23.11.2024 |
Apakah padanan yg sesuai utk adoption (selain manusia) mis, cat adoption = pengambilan kucing, pengangkatan kucing, pengambilan kucing angkat? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah cat adoption ialah adopsi kucing. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 23.05.2025 |
SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIH | Métodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum. | Makna | 15.08.2007 |