Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mus.lim] | مسلم

Definisi : Ar orang (lelaki) yg beragama Islam; memuslimkan 1. menjadikan sesuatu ber­cirikan Islam: serba-serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2. men­jadikan seseorang Muslim; kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~ seseorang insan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mus.lim] | مسلم

Definisi : penganut agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
Muslim (kata nama)
Bersinonim dengan umat Islam, orang Islam, muslimin, muslimat, ummah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, benarkah perkatan "muslim " perlu dieja dengan huruf besar?Perkataan Muslim ditulis awalannya dengan huruf besar kerana Muslim ialah kata nama khas yang bermaksud orang lelaki yang beragama Islam.Tatabahasa27.04.2012
di kalangan Muslim dikatakan salah dan dikatakan betulnya dalam kalangan Muslim. Adakah kedua-duanya betul dalam BM dan DBP?Frasa "dalam kalangan" dan "di kalangan", kedua-duanya boleh digunakan. Walau bagaimanapun merujuk panduan dalam buku Tatabahasa Dewan, frasa "dalam kalangan" yang gramatis kerana kata sendi nama "dalam" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak (kalangan). Sementara kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.Tatabahasa07.11.2012
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan.Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis.Istilah13.06.2012
1. Bolehkah guna perkataan "kepemerintahan" 2. Boleh kah guna perkataan "non" seperti "non-muslim" atau "non-tradisional". Dalam kamus dewan tiada perkataan "non"

1. Perkataan kepemerintahan tidak ada dalam bahasa Melayu.

2.  Padanan non-muslim, non-traditional dalam bahasa Melayu ialah bukan muslim/Islam, bukan tradisional.

Istilah28.10.2009
Pertanyaan tentang penggunaan ayat bagi tujuan promosi : PROMOSI PEMBUKAAN POTONGAN 50% MESIN 'DRY CLEAN' KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH NAN SUCI.

Untuk tujuan pengiklanan kami cadangkan:

PROMOSI PEMBUKAAN, POTONGAN 50% CUCIAN KERING DENGAN MESIN KHAS UNTUK MUSLIM, MENCUCI BERSIH DAN SUCI

Tatabahasa28.06.2011
Adakah pihak DBP menerbit buku pepatah dalam dwibahasa? (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu)

 Salam sejahtera Pn Azian,

 DBP ada menerbitkan buku berjudul "PERIBAHASA DAN UNGKAPAN INGGERIS-MELAYU" oleh Amir Muslim, terbitan tahun 2009, berharga RM15.00. Buku ini boleh didapati di pasaran.

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

 

Arshad Rawian 

Bahagian Penerbitan Bahasa, DBP 

Lain-lain13.04.2010
Adakah kita mempunyai peribahasa yang sama maksud dengan "no man is an island"? Jika tiada, apakah terjemahan yang paling sesuai?Untuk makluman saudara, tiada sumber rujukan kami yang menyenaraikan maklumat yang diperlukan. Sila rujuk buku "PERIBAHASA DAN UNGKAPAN INGGERIS-MELAYU" oleh Amir Muslim.Lain-lain26.05.2011
Tuan/Puan, Saya amat berminat dalam penulisan terutamanya penulisan saintifik. Dalam hal yang demikian, bagaimanakah cara dan; terma dan syarat-syarat untuk menyumbang artikel dalam majalah KOSMIK.Kerjasama tuan/puan dalam memberi penjelasan mengenai perkara tersebut, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Editor Dewan Kosmik, Puan Norizan Muslim, melalui e-mel: norizan2@dbp.gov.my

atau  Timbalan Editor, Encik Mohd Syukri Anwar, melalui e-mel: syukri@dbp.gov.my

 

Lain-lain20.01.2011
BERAPA PERATUS RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBACA DAN JUMLAH BUKU ATAU ARTIKEL/MAJALLAH YANG DI BACA DAN BANDINGAN PEMBACAAN DIKALANGAN NEGARA LAIN DIDUNIA. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGGALAKKAN ORANG MEMBACA DI NEGARA INI DAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH NEGARA LAIN DI DUNIA.

Sila rujuk bahan ini :

1. Peningkatan pembacaan melalui pemasyarakatan perpustakaan oleh Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1 Jun 1993

 2. Masyarakat Malaysia malas membaca-hanya satu mitos oleh Maizura Mohd Ederis.Milenia Muslim.1 /01/2005

 

   

 Masyarakat Malaysia malas membaca - hanya satu mitosMaizura Mohd EderisMilenia Muslim01/01/2005

Lain-lain17.02.2008
Tuan, Jika saya ingin menghantar artikle sains Bahasa Malaysia untuk pemaparan dalam jurnal Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia seperti dalam lampiran, apakah prosedurnya? Terima kasih.Artikel itu telah disemak dan sesuai untuk jurnal saintifik. Dewan Bahasa menerbitkan Dewan Kosmik, yang merangkumi makalah umum tentang sains dan teknologi. Oleh itu, artikel tuan boleh diterima dengan pendekatan penulisan yang umum. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi editor Dewan Kosmik, Pn Norizan Muslim, norizan2@dbp.gov.myLain-lain20.10.2010
12

Kembali ke atas