Haryati Othman Sep 15th, 8:40am Maaf nak tanya..dewan bahasa n pustaka ada buat tak kursus bahasa bg bln 10,11 n 12 nie tak... | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 15.09.2015 |
Saya ingin bertanya bagaimana mennyebut H1N1 dan H7N9 dalam bahasa Melayu, apakah H. Satu N. Satu dan H. Tujuh N. Sembilan? Ketika ini saya dengar semua media elektronik di Malaysia dalam berita bahasa Melayunya menyebut H. One N. One dan H. Seven N. Nine, tapi dalam berita bahasa Cina, sebutan angka itu dibaca dalam bahasa Cina. Saya juga ada mendengar berita bahasa Melayu dari TV Singapura yang menyebut angka itu dalam bahasa Melayu. Jadi saya keliru apakah betul sebutan media berbahasa Melayu di Malaysia. Sekian | Sebutan sepertimana bentuk visualnya dalam bahasa Melayu, iaitu H1N1 disebut H satu N satu dan H7N9 disebut H tujuh N Sembilan. | Tatabahasa | 11.04.2013 |
Mohon pandangan tuan yang manakah penggunaan yang betul (nama Ketua Jabatan yang menandatangani surat) : (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN) K.M.N (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N) (Dr. MOHAMAD BIN SULAIMAN K.M.N) (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN KMN) | Salam sejahtera, Penulisan KMN perlu diletakkan di dalam kurungan dan saiznya lebih kecil daripada nama. Contoh: (DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN KMN) Sekian, terima kasih. | Ejaan | 30.11.2018 |
Kenapakah "kayu-kayan" dikategorikan sebagai kata ganda berentak pengulangan konsonan sedangkan tiada huruf konsonan "n" pada perkataan "kayu"? Bagaimanakah boleh timbul huruf konsonan "n" pada perkataan "kayan"? Kenapakah "sayur-mayur" pula dikategorikan sebagai kata ganda berentak pengulangan vokal sahaja? Apakah "sayur-mayur" tidak boleh menjadi kata ganda berentak pengulangan konsonan disebabkan oleh huruf konsonan "y" dan "r" seperti "kayu-kayan"? Adakah huruf konsonan "m" bagi "mayur" dan huruf konsonan "n" bagi "kayan" hanya untuk menyedapkan bunyi pasangan kata ganda masing-masing? | Penggandaan berentak vokal ialah penggandaan yang mengulang ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu. Sayur-mayur, pengulangan vokal a dan u, dan bukannya pengulangan pada huruf konsonan. Penggandaan konsonan ialah penggandaan yang mengulangi ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Kayu-kayan, pengulangan konsonan k dan y. Kata ganda tersebut telah diterima seperti demikian, dan tidak ada fakta tentang penyuaipadanan huruf dalam kata ganda. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
sakaratulmaut ????? maksud...n wujud keh perkataan ini... | Berdasarkan Kamus Dewan, sakaratulmaut merupakan kata Arab yang bermaksud hampir akan mati. (Kata dasarnya sakarat). | Makna | 08.11.2006 |
Apa perkataan Bahasa Malaysia untuk 'Breakthrough'? | Breakthrough n kejayaan /cemerlang, besar/: | Makna | 03.11.2009 |
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk termometer? | Untuk makluman puan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Namun, penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah. | Lain-lain | 12.11.2015 |
Mohd Zain Nov 8th, 10:42am Assalamualaikum n selamat sejahtera admin...nak tany DBP masih ada lagi ke jual buku zaba tentang manusia itu bergantung kepada dirinya?? | Alaikumussalam. Buku ini sudah ketiadaan stok di kedai buku Koperasi DBP. Walau bagaimanapun tuan boleh cuba menghubungi Koperasi Universiti Malaya kerana UM telah memborong kesemua buku ini untuk dijual. | Lain-lain | 08.11.2014 |
Minta penjelasan tentang perkataan pemerdagangan. Mengapakah perkataan merbahaya terdpt dlm kamus dewan? | Pembentukan kata pemerdagangan berasal daripada awlan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 24.11.2010 |
Saya ingin pastikan penggunaan berikut: 1. Terjemahan untuk assistant, terletak di pangkal perkataan atau hujung? cth assistant xxx atau xxx assistant | assistant : n penolong, pembantu: to employ an ~, menggaji seorang penolong; laboratory ~, pembantu makmal; ~ librarian, penolong pustakawan; ~ minister, menteri muda. Sila lihat contoh di atas untuk mengetahui kedudukannya. | Makna | 03.11.2009 |