Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata N 12


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Haryati Othman Sep 15th, 8:40am Maaf nak tanya..dewan bahasa n pustaka ada buat tak kursus bahasa bg bln 10,11 n 12 nie tak...Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain15.09.2015
Apakah bentuk yang baku pula antara "tampak" dengan "nampak"? Dalam maya, ada orang mendakwa bentuk baku "tampak" kerana “tampak” lebih padan dengan lidah orang Indonesia. Saya berpendapat bahawa "tampak" baku bukan kerana kelumrahan pengucapan orang Indonesia, tetapi mungkin apabila menerima awalan me-, t menjadi n, iaitu "menampakkan", jadi kata dasar pastinya "tampak". Tetapi, saya tidak membuang kemungkinan bahawa "menampakkan" juga dapat berasal daripada "nampak" kerana huruf awal n juga ditambah dengan awalan me- dan kekal bentuknya, seperti nyala + me- ---> menyala (huruf n kekal); nanti + me- ---> menanti (jadi asal "menanti" tidak mungkin "tanti" kerana memang huruf asal n "menanti" huruf n juga, iaitu n pada "nanti"). Oleh itu, kedua-dua bentuk "tampak" dan "nampak" juga jitulah? Ataupun, ada orang salah memahami bahawa asal "menampakkan" "nampak" tanpa mengembalikan huruf awal n "menampakkan" kepada t yang usul pada "tampak", jadi hendaknya kata dasar "menampakkan" berupa "tampak"?Dalam bahasa Melayu, penggunaan perkataan sama ada pinta atau  minta, pikir atau fikir, tampak atau nampak merupakan satu variasi dan menunjukkan keunikan bahasa Melayu. Penggunaan perkataan tersebut bergantung pada konteks ayat. Sesungguhnya kita tidak boleh menghukum mengatakan bahawa sesuatu ejaan tersebut salah kerana sifat bahasa yang unik bagi konteks penggunaan p atau m. Pihak kami hanya  menjawab berdasarkan data rujukan kami, iaitu buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan serta bahan rujukan terbitan DBP. Bagi merungkai permasalahan yang lebih lanjut, puan/tuan bolehlah merujuk yang lebih arif tentang kajian atau pendapat puan/tuan.  Tatabahasa19.12.2016
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih.Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan.Tatabahasa18.12.2013
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai untuk termometer?Untuk makluman puan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Namun, penggunaan tanpa penjodoh bilangan tidak salah.Lain-lain12.11.2015
I n mohon iklanMohon pihak tuan/puan kemukakan soalan dengan lebih jelas. Sekiranya pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan iklan daripada DBP, tuan/puan boleh ke Khidmat Pengesahan Bahasa DBP melalui www.prpm.dbp.gov.myLain-lain01.12.2015
Boleh terangkan perbezaan penggunaan tanda sempang (-) dengan titik bertindih (:). Jika tanda ini digunakan, adakah perkataan berikutnya perlu dimulakan dengan huruf besar?Tanda sempang paling banyak digunakan dalam kata ganda, selain berfungsi untuk menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan (k-a-m-p-u-n-g), memisahkan angka yang berbeza fungsi dan menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat (Anglo-China) dan perkataan yang mengikutnya tidak perlu dimulakan dengan huruf besar kecuali nama khas. Manakala titik bertindih digunakan untuk memperkenalkan atau menambah keterangan (Prinsip hidup saya senang sahaja:Tekun dan Ikhlas) dan kata yang mengikutinya bermula dengan huruf besar, memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan (Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan), memisahkan nombor surah daripada nombor ayat al-Quran (al-Baqarah 2:29), memisahkan nombor jilid dan nombor halaman rujukan bagi buku berjilid (Ensiklopedia Pelajar 2:5), menunjukkan nisbah (12:12).Ejaan12.09.2008
Salam, Laras bahasa: Komputer abort (vi, n) > henti paksa (kk) Hrp sahkan padanan-padanan imbuhan yg sesuai: 1) menghenti paksa (kk, aktif) 2) dihenti paksa (kk, pasif) 3) hentipaksaan (kn) 4) perhentianpaksaan (kn) TKDalam bentuk kata nama (istilah) frasa yang betul ialah henti paksa, manakala dalam bentuk kata kerja frasa yang betul ialah menghenti paksa/dihenti paksa.Istilah20.12.2011
Assalamualaikum, Apakah padanan istilah EXHIBIT dalam bahasa Melayu?. Terima kasih.

exhibit

  • n 1. thing exhibited, barang pameran: do not touch the ~s, jangan sentuh barang-barang pameran; 2. (leg.) barang kes;

Padanan ini adalah bergantung pada konteks dan bidang.

Makna25.12.2009
Ariy Alias Dec. 15 4:09PM assalamualaikum bolehkah admin dbp bantu saya bagaimana cara saya boleh pergi ke dbp menggunakan perkhidmatan komuter n lrt saya dari stesen komuter shah alam seksyen 19 sekian, terima kasihStesen Hang Tuah dan perlu berjalan kaki ke DBP (Sekitar 5 ke 7 minit sahaja) Atau boleh juga menggunakan Monorel - Stesen Maharajalela (Berjalan kaki ke DBP sekitar 5 ke 7 minit)Lain-lain15.12.2015
saya maha siswa Yiu ingin tanya ?tentang cara tulis pantun

Untuk makluman saudara, serangkap pantun lazimnya ditulis atau pun dibina oleh lima ciri asas iaitu pembayang, maksud, rima akhir, jumlah perkataan dan jumlah suku kata. Kalau berdasarkan  pantun empat kerat, pembayangnya ialah pada baris pertama dan kedua, manakala maksud pula pada baris ketiga dan keempat. Berbeza dengan pantun dua kerat kerana baris yang pertama ialah pembayang manakala baris kedua ialah maksud. Sebagai contoh diturunkan pantun empat kerat iaitu seperti berikut,

Kalau roboh kota Melaka,

    Papan di Jawa saya dirikan;

Kalau sungguh bagai dikata,

    Badan dan nyawa saya serahkan.

Rima akhir pantun di atas ialah a/n,a/n , dan jumlah perkataan dalam setiap baris ialah 4. Jumlah suku katanya pula ialah antara 8-12 suku kata.

Lain-lain28.07.2010
123

Kembali ke atas