Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata N 13


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terjemahan tepat untuk: 1. Innovator 2. Early Adopter 3. Early Majority 4. Late Majority 5. Laggard Terima kasihinnovator laggard(Inggeris-Melayu) pengguna terkemudian Bidang: NIAGA n orang yg membawa pembaharuan Untuk penjelasan yang lebih jelas, sdr perlulah menerangkan dari konteks penggunaan .Makna13.08.2007
saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Tatabahasa13.05.2014
untuk nama bahagian yang menguruskan lesen, adakah PERLESENAN Aatau PELESENAN BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT atau BAHAGIAN PERLESENAN DAN INSPEKTORATPenggunaan yang betul ialah Bahagian Pelesenan dan Inspektorat. Pelesenan merujuk kepada hal, proses atau urusan memberi atau mengeluarkan lesen. PeN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 13 - 12 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 122. 
Ejaan19.12.2025
Saya ingin mendapatkan pencerahan perbezaan diantara GARIS PANDUAN, MANUAL dan MODUL. Sekian, terima kasih.

Takrif dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) bagi garis panduan, manual dan modul adalah seperti yang berikut:

 

garis panduan

n maklumat yg boleh diikut dan dijadikan pegangan dlm melakukan sst rancangan, kerja, tindakan dsb;

 

manual

n buku, dokumen dsb yg mengandungi panduan, maklumat atau prosedur utk melaksanakan atau menggunakan sst: Beliau cuba membaiki penyaman udara di biliknya dgn merujuk manual.

 

modul

n 1 bahagian drp program, kursus, latihan dsb yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sst kelayakan atau kemahiran: Jabatan Bomba telah menerbitkan siri buku asas kebombaan yg merangkumi tujuh modul. • Modul ini ditujukan khas kpd ibu bapa atau penjaga yg mempunyai anak berusia di bawah 13 tahun. 2

 

Lain-lain18.06.2021
Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih.Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan.Tatabahasa13.12.2010
paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer?Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151.Tatabahasa13.08.2008
As-Salam Sidang Editor Khidmat Nasihat Bahasa DBP, Saya merupakan seorang pelajar sarjana yag kini sedang menjalankan kajian dlm bidang pendidikan bahasa Melayu berkaitan dengan isu penaksiran. Di sini saya ingin mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan ketepatan istilah dan ejaan yang digunakan bagi perkataan PENAKSIRAN & PENTAKSIRAN yg menimbulkan kekeliruan bagi pihak saya untuk membuat definisi yg tepat bagi kajian yg saya jalankan. Menurut tokoh bahasa yg dirujuk, perbezaan ejaan bagi perkataan taksir ini timbul akibat faktor espistemologi yg mendokong kefahaman seseorang ahli bahasa. Justeru saya mohon penjelasan lanjut berkaitan hal ini. Sekian terima kasih atas keprihatinan pihak editor memberikan perhatian yg sewajarnya terhadap hal ini.Dalam proses pembentukan kata bahasa Melayu, kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s huruf pertamanya luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, dan huruf n menggantikan huruf t. Contohnya tulis - menulis dan taksir (kira, hitung, nilai) - menaksir. Oleh itu, kata terbitan yang betul ialah menaksir, penaksir dan penaksiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan atau penyusun buku Tatabahasa Dewan antaranya Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim atau Prof. Dr. Hashim Haji Musa.Tatabahasa13.11.2011
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)

Tatabahasa13.02.2022

Kembali ke atas