sejarah dialek negeri sembilan, perbezaan dialek negeri sembilan dengan bahasa baku? | Sejarah dialek Negeri Sembilan (NS) semestinya sama dengan sejarah NS. Sila rujuk buku Sejarah Negeri Sembilan. Perbezaan dialek NS dengan bahasa baku ialah, dialek NS dituturkan oleh orang Negeri Sembilan dan dialek ini tidak digunakan dalam situasi rasmi. Bahasa baku ialah bahasa standard yang dituturkan dalam situasi rasmi, di seluruh negara. Bahasa Melayu baku juga ialah bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 24.01.2007 |
yang mana satu betul, perkataan 'Yang-dipertua Negeri, Sembilan' atau 'Yang-dipertuan Negeri, Negeri Sembilan'? dan 'Ramadan' atau 'Ramadhan'? | Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Ramadan | Ejaan | 01.12.2006 |
saya ingin bertanya adakah betul struktur/pengunaan bahasa bg ayat ini Pasukan negeri Sembilan menjulang kejayaan piala Malaysia tahun 2011. | Pasukan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia tahun 2011. | Tatabahasa | 06.06.2013 |
Akhbar The Star sering menggunakan Negri berbanding Negeri untuk kata nama khas Negeri Sembilan. Mereka juga sering menggunanaka perkataan Mentri bagi merujuk kepada Menteri. Adakah ini boleh diterima? | Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Negeri Sembilan dan menteri. Berdasarkan rujukan kami banyak teks bahasa Inggeris menggunakan ejaan Negeri Sembilan (di samping Negri Sembilan), manakala ejaan menteri diterjemahkan kepada minister. | Ejaan | 15.11.2011 |
JOBO. Perkataan yang selalu diguna-pakai oleh kebanyakan penduduk di Negeri Sembilan. Apakah maksud yang sebenar perkataan tersebut? | Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan perkataan "jobo" dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah jodo dan jopo tetapi tidak ada kaitan dengan dialek Negeri sembilan. | Makna | 27.12.2012 |
Terima kasih atas penerangan yang diberi untuk soalan saya bertarikh 24/03/2011. Satu lagi soalan berkenaan tanda baca. Soalan: Letakkan tanda bacaan dan huruf besar pada tempat yang sesuai. syabas atas kejayaan anda menjadi johan pertandingan berpidato peringkat negeri sembilan Jawapan anak saya: Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! Soalan saya: Adakah jawapan yang diberi oleh anak saya betul? Terima kasih. | Syabas, atas kejayaan anda menjadi johan Pertandingan Berpidato Peringkat Negeri Sembilan! - penggunaan tanda baca dalam ayat ini adalah betul | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Boleh sila semak ayat serta ejaan di bawah betul atau tidak... terima kasih. ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14HB APRIL 2009 BERSAMAAN 18HB RABIULAKHIR 1430H DI-BALAIRONG SERI, ISTANA BESAR SERI MENANTI | Teks yang betul adalah seperti yang berikut : ISTIADAT PELANTIKAN DAN PERTABALAN DYMM TUNKU AMPUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU AISHAH ROHANI BINTI ALMARHUM TENGKU BESAR MAHMUD PADA 14 APRIL 2009 BERSAMAAN DENGAN 18 RABIULAKHIR 1430H DI BALAIRUNG SERI, ISTANA BESAR, SERI MENANTI. | Tatabahasa | 01.04.2009 |
saya nak tanya ttg Dialek.. Apakah Perbezaan dialek dari segi sebutan, kata ganti nama diri dan juga kosa kata... terutama bagi dialek utara, kelantan, terengganu dan negeri sembilan... terima kasih | Dialek bermaksud satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, atau disebut loghat. Soalan yang berbentuk tugasan memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak. Oleh itu, sila rujuk buku/makalah/kerja kerja yang berkaitan dengan tajuk tugasan tersebut. | Lain-lain | 07.03.2012 |
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia? | Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan). | Lain-lain | 06.04.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi? | Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini. Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih. | Lain-lain | 14.01.2009 |