Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi nikel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : singkatan bagi nini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Mn singkatan bagi uni (kakak perem­puan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Ni

Puisi
 

Kain buruk tepi perigi,
     Budak-budak kesat belanga;
Hari ni saya pergi,
     Tunggu tuan di taman bunga.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"vigilantism" perkataan ni pernah jumpa dan pernah dengar, tapi bila search kat DBP ni tak ada pula. Boleh bagi pandangan sama ada perkataan ni betul dan apa maksudnya?Kata ‘vigilantism’ adalah daripada vigilant yang bermaksud sentiasa berjaga-jaga (sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan). Melalui carian kami internet, vigilantism dalam bahasa Inggeris adalah berkaitan dengan kaedah , tingkah laku , sikap dan lain-lain yang berkaitan dengan kumpulan yang sentiasa berjaga-jaga, pemerhati, terutamanya militan, ketaksuban dan wasangka. Sila berikan ayat penuh atau konteks penggunaan kata vigilantism untuk mendapatkan padanan dalam bahasa Melayu.Makna23.11.2014
SAYA NI-AMANEE AWAEKUECHI BELAJAR BAHASA MELAYU DASAR INGIN BERTANYA TENTANG TATA BAHASA APAKAH MAKNA CERIA TERIMA KASIHCeria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll).Makna28.10.2015
Hi,Banner ni ada apa-apa nak pembetulan lagi tak.Salam sejahtera,

Iklan tuan perlukan pembetulan. Sila layari http://dbpsahbahasa.my/ untuk pengesahan iklan tuan.
Sekian.
Lain-lain18.07.2017
Adakah ayat ni betul? Puan izzah menyimpan koleksi barang-barang hiasannya di dalam almari kaca. koleksi barang- barang hiasannya.Ayat yang betul : Puan Izzah menyimpan koleksi barang hiasannya di dalam almari kaca.Tatabahasa01.07.2015
baru-baru ni saya ada menghantar manuskrip kepada sebuah syarikat penerbit. sekarang saya berasa was-was mengenai hak cipta. sebenarnya, bagaimana cara untuk mendapatkan hak cipta terhadap hasil tulisan kita? adakah selepas kita menghantar kepada penerbit baru kita mendapat hak cipta?

Hak cipta wujud secara automatik sebaik sahaja sesuatu karya itu dicipta. Ia dimiliki oleh penciptanya iaitu pengkarya. Di Malaysia, tidak ada sistem pendaftaran hak cipta. Seseorang itu akan mendapat hak cipta bagi karyanya apabila semua keperluan yang dikehendaki oleh Akta Hak Cipta 1987 dipenuhi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal ini, sila rujuk buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan karya Rohazar Wati Zuallcobley yang diterbitkan oleh DBP pada tahun 2010.

Lain-lain29.09.2010
salam.sy ni seorang pelajar jurusan pengajian melayu di UM.apakah prospek kerjaya jurusan sy ini.

Sdr,

Pemegang Ijazah Sarjana Muda seperti yang dimiliki oleh sdr layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan gred 41 seperti Pegawai Perancang Bahasa dan/atau Pegawai Tadbir di DBP. Sdr boelhlah mengemukakan permohonan jawatan sebaik sahaja kami mengiklankan kekosongan jawatan yang berkenaan. Namun, sebagai makluman sdr, iklan bagi jawatan Pegawai Perancang Bahasa sudah disiarkan dan ditutup pada 11 Februari 2008. Tiada kekosongan bagi jawatan Pegawai Tadbir buat masa ini.

Lain-lain16.02.2008
Fauzi Jibril MON 11:33PM klu kt DBP ade jual lgi x buku ni. sbb 5 tahun lepas klu x silap sy prnah g DBP tnye psal buku ni kt kaunter kate nye dh habis. dan mcm mne sy blh dpt kn buku niUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain18.07.2016
File tersebut tak dapat diakses dari luar. Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni tak ada masalah... Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas [SMS] Bahasa Melayu Ini screenshot-nya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu Ini screenshotnya... Nizam Nuraishah January 6Nizam Nuraishah File ni pun tak dapat diakses... Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Ini screenshot-nya...Mungkin masalah itu disebabkan sever tuan atau tuan boleh cuba lagi.Lain-lain06.01.2014
"Salam Tuan. Alumni disebut alum-nai atau alum-ni ? sekian terima kasih."Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, alumni disebut sebagai a.lum.ni. Sila rujuk Buku Daftar Kata Bahasa Melayu - Rumi-Sebutan-Jawi edisi kedua muka surat 174.Tatabahasa06.02.2013
SAYA NAK BORANG JAWATAN KOSONG PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN/OPERASI N17).SELAMA NI SAYA ISI TAK PERNAH DIPANGGIL TEMUDUGA.DAPAT KERJA TU PUN BUKAN SENANG. KALI NI DAH MASUK 3 KALI ISI BORANG.

Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan memuat turun borang tersebut melalui laman DBP.

Pastikan sdr mengisi dan melengkapkan borang tersebut sebelum dihantar kepada kami.

Sebagai makluman sdr, pemilihan calon temu duga dibuat setelah semua borang permohonan disemak dari aspek pengisian maklumat yang lengkap, memenuhi syarat kelayakan yang dikehendaki, melampirkan dokumen yang berkenaan, gambar disertakan dan sebagainya. Kami juga menggunakan sistem nisbah dalam menentukan jumlah calon temu duga.

Sila pastikan sdr menghantar borang permohonan sebelum tarikh tutup.

Semoga berjaya. 

 

Lain-lain03.11.2008
12345678910...

Kembali ke atas