Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Nir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika tiada imbuhan 'nir' digunakan dalam bahasa melayu yang membawakan maksud 'tiada' kenapa dalam pangkalan data DBP ada penggunaan 'nir'. Contoh dalam lampiran, 'off air' = 'nir' udara dan Wireless Remote Control = Alat Kawalan 'Nir' Dawai. Jika Wireless adalah wayarles kenapa dalam istilah alat kawalan ia adalah nir dawai. Kenapa off air adalah nir udara. Apakah maksud nir di sini? Kenapa 'nir' tidak sesuai digunakan dalam istilah cashless = nirtunai? wireless = nirwayar?. Kalau Wireless boleh jadi wayarles, cashless boleh la jadi tunailes?Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan Jawatankuasa Istilah telah memutuskan pemilihan perkataan yang sesuai bagi padanan dalam bahasa Melayu seperti yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain20.02.2019
Assalammualaikum, soalan yang saya tanya masih tidak terjawab dan saya tidak faham apa jawapan pihak DBP. Jadi, adalah boleh nir digunakan dalam bahasa melayu seperti DBP gunakan off-air kepada nir-siar dan wireless remote control kepada alat kawalan nirdawai. Soalan saya adalah boleh atau tidak? Jika boleh bagus, jika tidak, kenapa dalam DBP ada penggunaan nir tetapi orang ramai tidak boleh gunakan nir?Dalam data rujukan kami, nir bukan bentuk imbuhan terikat yang diterima dalam bahasa Melayu di Malaysia. Nir ialah bentuk terikat yang berasal daripada bahasa Indonesia. Kita seharusnya mengutamakan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia sendiri, iaitu menggunakan perkataan tanpa atau yang bersesuaian dengan konteks. Penggunaan istilah nir  hanya ditemui dalam bidang komunikasi massa.Tatabahasa27.02.2019
Adakah wujud perkataan dengan imbuhah 'NIR' seperti perkataan NIRTUNAI (Cashless) atau NIRWAYAR (Wireless)? Adakah ianya sah digunakan dalam teks ucapan atau kenyataan akhbar?Untuk makluman tuan, tiada imbuhan NIR dalam bahasa Melayu. Padanan istilah cashless dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah tanpa tunai, manakala terjemahan bagi istilah "Wireless" pula ialah "tanpa wayar" atau "wayarles".Penyemakan dan penterjemahan05.10.2018
Saya ingin mengesahkan terjemahan dan bertanya soalan. 1. Frasa Inggeris seperti "Have a good day", "have a nice day", jika diterjemahkan ke bahasa Melayu, menjadi "Selamat menjalani hari yang indah", adakah diterima? Tidakkah ia agak terlalu panjang? Adakah terdapat frasa gantian lain yang setara maksudnya? 2. Baru-baru ini, saya ada membaca berita mengenai servis yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia dan dalam berita tersebut ada menggunakan perkataan "nirwayar". "Internet Jalur-Lebar Nirwayar". Saya telah membuat carian di PRPM, namun perkataan ini tidak wujud. Bolehkah saya tahu makna perkataan ini? Sekian, terima kasih.Maksud ayat 'Have a good day' dan 'have a nice day' membawa maksud yang sama, iaitu selamat menjalani hari yang indah atau baik. Perkataan nirwayar pula bermaksud tanpa wayar, nir memberi maksud tanpa. Sekian terima kasih Makna08.08.2019

Kembali ke atas