Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi oksigen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : huruf ke-15 abjad Rumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sr kata utk menyatakan hairan dll: ~, begitu rupanya ya! 2. sr kata utk memanggil orang: Tipah, ~ Tipah!; ~ ya! sr kata utk menyatakan teringat akan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; kopi (teh) ~ kopi (teh) yg tidak dibubuh susu; kopi (teh) ~ beng kopi (teh) yg tidak dibubuh susu tetapi dibubuh ais. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata O


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu bagaimana untuk mengenal pasti seseorang individu atau pengamal bahasa itu munsyi dewan. Sekian. Kay Seven

Salam sejahtera, <o:p>o:p>

 <o:p>o:p>

Mengenal Pasti Munsyi Dewan<o:p>o:p>

 <o:p>o:p>

Merujuk perkara di atas, sehingga tahun 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik dan mengiktiraf lebih 200 orang Munsyi Dewan seluruh Malaysia mengikut 6 zon (tengah,selatan,timur,utara, sabah dan sarawak) yang terdiri daripada Munsyi Dewan (Bahasa), Munsyi Dewan (Sastera) dan Munsyi Dewan (Jawi).<o:p>o:p>

 <o:p>o:p>

Setiap Munsyi Dewan akan menerima:<o:p>o:p>

1. Watikah Pelantikan sebagai Munsyi Dewan dan<o:p>o:p>

2. Kad Munsyi Dewan seperti di lampiran sebagai pengenalan diri (munsyi)<o:p>o:p>

 <o:p>o:p>

(pihak Dewan Bahasa dan Pustaka sedang dalam proses mengemas kini maklumat dan mengeluarkan kad baharu untuk Munsyi Dewan seluruh Malaysia)<o:p>o:p>

Pembinaan Bakat01.03.2013
saya Yusra Tehtae,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertannya DBP,apakah maksut pantun berkait serta contohnya,terima kasih.

Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik.<o:p>o:p>

Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: <o:p>o:p>

Lebah terbebar terbang sekawan, <o:p>o:p>

         Hinggap di celah kayu berduri;<o:p>o:p>

Alangkah cabar rupamu tuan,<o:p>o:p>

          Dagangan indah tidak terbeli.<o:p>o:p>

 <o:p>o:p>

Hinggap di celah kayu berduri ,<o:p>o:p>

             Kepayang tumbuh di dalam dulang ;<o:p>o:p>

Dagangan indah tidak terbeli ,<o:p>o:p>

              Sayang sungguh nyawanya hilang.

Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu.<o:p>o:p>

Sastera06.11.2013
Perbezaan penggunaan huruf 'u' dan 'o'Soalan yang dikemukakan tidak jelas.  Walau bagaimanapun, kami akan memberikan penerangan tentang penggunaan huruf vokal "u' dan "o" dalam sistem ejaan. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama. Antaranya ialah u - u (untuk, tunduk, untung) dan o - o (obor, borong).  Untuk makluman terdapat kekecualian bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Contohnya, u - o (bunglon, buron, kupon), o - u (bonus, forum). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk  buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan- Jawi) terbitan DBP.Ejaan29.10.2012
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya" <o:p>o:p>

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

3....ialah antara...(betul)<o:p>o:p>

4....peningkatan usaha...(betul) <o:p>o:p>

5....mengunjungi gimnasium... <o:p>o:p>

6....muka pengadilan...(betul)<o:p>o:p>

7....adalah agar peserta dapat...(betul)<o:p>o:p>

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)<o:p>o:p>

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)<o:p>o:p>

10....tenaga yang boleh diperbaharu...<o:p>o:p>

 
11....berpunca kerana...(betul)<o:p>o:p>

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah... <o:p>o:p>

<o:p> o:p>

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"<o:p>o:p>

<o:p> o:p>

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.<o:p>o:p>

Tatabahasa20.11.2013
Penterjemahan perkataan saintifik kepada nahasa melayu, sperti napthaldehyde aldol condensation, alkoxynapthaldehyde, enolate, hydoxyphenyl, acetophenone, decoxynapthaldehyde Penterjemahan perkataan cooperated

Padanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

i. napthaldehyde aldol condensation – pemeluwapan aldol <o:p>o
:p>naftaldehid

ii. alkoxynapthaldehyde - alkoksinaftaldehid<o:p>o:p>

iii. enolate - enolat<o:p>o:p>

iv. hydoxyphenyl -  tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah hydroxyphenyl  dan padanan bahasa Melayunya ialah hidroksifenil

v. acetophenone - asetofenon<o:p>o:p>

vi. decoxynapthaldehyde - dekoksinaftaldehid<o:p>o:p>

Istilah09.05.2013
kopi o atau kopi O ?Jawapan yang betul ialah kopi O.Lain-lain04.05.2010
Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut;

1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. <o:p> o:p>

2. Ejaan yang betul ialah hari sukan.<o:p> o:p>

3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung.<o:p> o:p>

Ejaan23.07.2012
Salam ceria! Ingin saya bertanya mengenai penggunaan perkataan seperti "abang, adik, ibu(bukan kata nama khas)" dsb dalam penulisan. Perkataan2 spt ini harus ditulis dengan huruf besar atau tidak. misalnya: ".... abang yang menghabiskan makanan itu." sekian, terima kasih.

Dalam penulisan, huruf besar digunakan hanya bagi:<o:p>o:p>

1.     Permulaan ayat<o:p>o:p>

2.     Huruf pertama setiap kata nama khas (nama orang, nama geografi, nama institusi, judul   penerbitan  dan lain-lain)<o:p>o:p>

Oleh sebab kata abang, ibu dan adik adalah kata nama am, maka perkataan tersebut hendaklah ditulis dalam huruf kecil kecuali jika kata tersebut memenuhi syarat (1), iaitu ditulis pada permulaan ayat.<o:p>o:p>

Lain-lain08.10.2013
Salam sejahtera tuan. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan yang terdapat dalam lampiran fail? Maklum balas tuan amat dihargai.Peribahasa carik-carik bulu ayam bermaksud perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Jawapan yang paling hamper dengan soalan yang diberi ialah C. Lihat di bawah.

Peribahasa di atas memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak...<o:p>o:p>

A.     mengambil kesempatan atas kelemahan seseorang<o:p>o:p>

B.     membuat tipu muslihat untuk menjatuhkan seseorang<o:p>o:p>

C.     mencampuri urusan keluarga seseorang<o:p>o:p>

D.     melakukan perbuatan yang dapat menyalahi hukum alam dan agama<o:p>o:p>

Tatabahasa29.07.2013
Sila lihat lampiran. Harap tuan/puann boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.

1.   Kasut kaca terlucut daripada kakinya.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

2.   Dia menyamar sebagai penjual pelita.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

3.   “Tukar pelita lama dengan pelita baru!” jeritnya. 

4.   Dia menyuruh Jin Pelita menghantar ahli sihir itu ke tempat yang jauh dan mengembalikan istananya.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

5.   Dia tinggal di dalam hutan bersama dengan ibunya. 

6.   Dia berjalan pantas tetapi berhenti bagi memetik bunga-bungaan untuk neneknya.<o:p _rdEditor_exists="1">o:p>

7.   Dia berkahwin dengan Putera Raja dan hidup bahagia selama-lamanya.

Tatabahasa11.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas