Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah OKT merujuk kepada Orang Kena Tuduh dalam mahkamah. Apakah ianya perlu ditulis sebagai OKT ataupun O.K.T.?OKT merupakan akronim bagi Orang Kena Tuduh. Oleh itu, ia perlu ditulis OKT sahaja tanpa titik.Tatabahasa30.08.2007
Assalamualaikum. Adakah apa-apa rumus yang boleh kita gunakan untuk menerangkan perbezaan satu 'k' atau dua 'k' bagi penggunaan akhiran -kan dalam bahasa Melayu. Contohnya, kenaikan, menaikkan, memperbanyakkan, kebanyakan dan lain-lain kata dasar yang akhirannya dengan huruf 'k'. Terima kasih.

Dalam bahasa Melayu  terdapat apitan kata kerja meN-...-kan dan akhiran ...-an untuk kata kerja. Sebagai contoh, kata dasar 'masak' apabila menerima apitan kata kerja 'me + masak + kan' maka dieja memasakkan (dieja dengan memasukkan dua huruf k). Namun, untuk kata nama, menerima akhiran ...-an hanya perlu masukkan akhiran ...-an. Sila perhatikan contoh di bawah:
(i)  masak + ...-an = masakan (dieja dengan satu huruf k sahaja) – kata nama<o:p>o:p>

(ii)     masak +...-kan =masakkan (dieja dengan dua huruf k) – kata kerja<o:p>o:p>

Tatabahasa19.10.2014
Adakah wujud perkataan ‘pengkumur’ untuk menggantikan perkataan ‘mouthwash’? Saya terpanggil untuk menyemak setelah melihat penggunaan perkataan ini dalam satu iklan ubat kumur di media massa. Untuk imbuhan peng, apakah hukum (rules) imbuhan secara umum? Mengikut pemahaman saya, untuk perkataan bermula dengan k, huruf k digugurkan apabila imbuhan peng ditambah (prefix). Eg: kawal - pengawal. Adakah huruf k dikekalkan hanya untuk kata pinjaman? Eg: katalog - pengkatalogan. Bagaimana pula dengan perkataan kelas yang merupakan kata pinjaman inggeris ‘class’ namun menjadi pengelasan dan bukannya pengkelasan. Adakah terdapat faktor tambahan dalam kes ini?

1. Kata pengkumur masih belum terakam dalam kamus terbitan DBP. Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus akan diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat. Berdasarkan korpus, kata pengkumur mulut untuk ‘mouthwash’ adalah lebih tinggi kekerapannya berbanding pengumur. Dari segi semantik jika menggunakan perkataan pengumur, makna pertama yang muncul dalam minda masyarakat ialah perkaitan makna dengan kata akar umur, berbanding apabila menggunakan pengkumur, masyarakat akan terus mengaitkan makna bagi kata akar kumur.<o:p>o:p>

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 109, huruf p, t, k, s pertama pada kata dasar yang bercantum dengan awalan  peN-, huruf pertama tersebut akan luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya dengan bunyi pertama pada kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut. <o:p>o:p>

Contoh: pemukul (pukul), penahan (tahan), pengarang (karang) dan penyelam (selam).<o:p>o:p>

2. Huruf pertama pada kata dasar yang bercantum dengan apitan peN-…-an tidak akan luluh untuk kata pinjaman seperti penkatalogan. <o:p>o:p>

Contoh lain: pemprosesan (proses), pengkateran (kater),  dan pemvetoan (veto). <o:p>o:p>

(rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2011) halaman 107-111)<o:p>o:p>

3. Walau bagaimanapun, kata asing yang telah terserap dalam bahasa Melayu, huruf pertama kata dasarnya akan luluh apabila menerima imbuhan apitan peN-…-an. <o:p>o:p>

Contoh: penyeteman (setem), pengelasan (kelas), penelefon (telefon).<o:p>o:p>

Tatabahasa08.06.2024
mengapakah “kerosakan” di eja dengan 1k dan bukannya 2k?

Sesuatu kata dasar yang berakhir dengan huruf  konsonan k, apabila menerima apitan ke-…-an akan membentuk kata dengan 1 sahaja huruf k yang kekal pada kata dasar tersebut.<o:p>o:p>

Contoh:<o:p>o:p>

rosak + ke-…-an = kerosakan<o:p>o:p>

cantik + ke-…-an = kecantikan<o:p>o:p>

baik + ke-…-an = kebaikan<o:p>o:p>

duduk + ke-…-an = kedudukan
Ejaan10.06.2024
Selamat sejahtera, Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya/baginda (-nya/baginda) diserang hendap oleh musuh. Yang mana satu betul Terima kasih.

Kedua-duanya betul.<o:p>o:p>

Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tenteranya diserang hendap oleh musuh.<o:p>o:p>

dan<o:p>o:p>

Raja Muazam mangkat ketika baginda dan angkatan tentera baginda diserang hendap oleh musuh.<o:p>o:p>

Tatabahasa18.12.2023
Saya keliru dengan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat di bawah: 1. Naib Pengerusi Kelab Abu Hurairah atau naib pengerusi Kelab Abu Hurairah 2. Sebuah kelab Pertubuhan Bukan Kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan

Penggunaan huruf yang betul adalah seperti yang berikut:<o:p>o:p>

1. Naib Pengerusi Kelab Abu Hurairah<o:p>o:p>

2. Pertubuhan Bukan Kerajaan<o:p>o:p>

(Huruf besar digunakan pada pangkal perkataan bagi Kata Nama Khas)<o:p>o:p>

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 147 - 151 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1697.<o:p>o:p>

Tatabahasa08.04.2025
Salam sejahtera. Di sini saya ingin bertanya tentang imbuhan me- dalam ayat berikut yang mana betul. 1. Ayah menggantung/menggantungkan belon pada dinding ruang tamu. 2. Ali mengibar/mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan. Bolehkah memberi penjelasan bagi imbuhan me-/me...kan di atas?terima kasih.

Ayat yang betul ialah;<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

1. Ayah menggantungkan belon pada dinding ruang tamu.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

2. Ali mengibarkan bendera pada Hari Kemerdekaan.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Untuk melihat perbezaannya dengan lebih jelas, boleh rujuk: <o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

1.      k=gantung">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gantung.<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

2.      http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kibar

<o:p _rdeditor_exists="1">o:p>

Selain itu, untuk makluman, kata kerja yang terbentuk daripada awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan atau menyatakan keadaan. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan men-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar, maksud kausatif atau menyebabkan dan maksud benefaktif atau manfaat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa07.10.2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pertanyaan bagi ruang tandatangan surat rasmi, sekiranya pegawai tersebut mempunyai pangkat sebagai contoh; (Ts. ABDUL RAZAK BIN SABTU D.S.M, B.K.T, P.J.K.) Apakah cara penulisan yang betul di dalam surat berkenaan? Pangkat berada di dalam tanda kurung atau berada di luar? Ada noktah di setiap huruf akronim atau tidak? Ini kerana merujuk kepada BIUPA, JPM, penulisan pangkat mempunyai noktah bagi setiap akronim. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

Untuk makluman saudara, format penulisan surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.<o:p>o:p>

Untuk penulisan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri yang betul, saudara juga bolehlah merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan/Kementerian Wilayah Persekutuan. <o:p>o:p>

Lain-lain22.07.2022
mengapakah perkatan seperti cekodok, kerongsang, teropong, tidak dieja mengikut pola keselarasan vokal?Bagi kata yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, hanya dua suku kata terakhir sahaja yang diambil kira. Oleh itu, kata cekodok, kerongsang dan teropong adalah mengikut pola keselarasan vokal. Tatabahasa08.08.2008
Adakah perkataan "memeribadikan" betul dari segi tatabahasa?. Atau sepatutnya perkataan yang betul adalah "Memperibadikan"?. Apitan Memper...kan, Men..kan adalah yang biasa saya dengar dan gunakan. Walaupun apitan meN-…-kan juga menerima kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, dan s, tapi adakah perkataan "Memeribadikan" adalah betul?.

Jawapan:<o:p>o:p>

Perkataan yang betul ialah memperibadikan yang tergolong di bawah apitan kata kerja meN-…-kan yang membawa maksud benefaktif atau manfaat yang pembentukannya memerlukan dua objek. Lazimnya, apitan meN-…-kan menerima objek tepat yang tidak bernyawa.<o:p>o:p>

Contoh ayat: <o:p>o:p>

“Pembelajaran berautonomi membolehkan pelajar memperibadikan agenda pembelajarannya berdasarkan kekuatan akademik dan minatnya.”<o:p>o:p>

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 190 hingga 207.<o:p>o:p>

Tatabahasa04.12.2024
12345

Kembali ke atas