Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Optimization


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Istilah bahasa malaysia bagi "Particle Swarm Optimization"??? Istilah ini tiada dalam rekod DBP. Terima kasihUntuk makluman, elum ada istilah bahasa Melayu untuk particle swarm optimization. Sekiranya tuan memerlukan cadangan istilah bahasa Melayu daripada pihak kami, sila berikan konsep atau maksud istilah tersebut dan juga konteks penggunaannya.Istilah16.01.2012
ape maksud pengoptimuman (optimization)???

Saudara,

Perkataan ini bermaksud pelarasan unsur-unsur dalam sistem atau pemprosesan untuk mendapat hasil yang paling baik. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna yang lebih lanjut.

Makna08.01.2010
Saya dah beri cadangan istilah "Particle Swarm Optimization" kepada "Pengoptimuman Kerumunan Zarah". salah satu teknik pengoptimuman dalam bidang kejuruteraan. macam saya boleh tahu cadangan saya diterima atau terdapat pengubahsuaian dari pihak DBP??? kerana saya perlukannya dengan kadar segera.Ketiga-tiga perkataan dalam istilah tersebut terdapat padanannya dalam rujukan istilah DBP. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan istilah bergantung pada penyesuaiannya dengan makna sebenar istilah tersebut, bermaksud perlu dilihat dari segi konteks dan bidang istilah tersebut. Jika menepati konteks dan bidang, istilah tersebut boleh digunakan.Istilah17.01.2012
Apakah terjemahan yang betul untuk tajuk ini? Tajuk thesis. OPTIMIZATION OF PREDICTION MODEL FOR HEALTH WEARABLE EDGE DEVICESTerjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesuatu bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks ilmiah. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan31.12.2023
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Backlinks"? Maksud Backlinks ialah: Backlinks, also known as incoming links, inbound links, inlinks, and inward links, are incoming links to a website or web page. In basic link terminology, a backlink is any link received by a web node (web page, directory, website, or top level domain) from another web node.[1] Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today, their significance lies in search engine optimization (SEO). The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (for example, this is used by Google to determine the PageRank of a webpage). Outside of SEO, the backlinks of a webpage may be of significant personal, cultural or semantic interest: they indicate who is paying attention to that page. Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Backlink Terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk backlinks ialah pautan masuk.Istilah24.10.2012

Kembali ke atas