Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan DR dan Drs juga perbezaan Dato' dan Datuk1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan  2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian.  "Drs." berasal daripada bahasa Indonesia dan merupakan kependekan untuk doktorandus (lelaki). Doktorandus bermaksud lelaki yang lulus peperiksaan terakhir di universiti (sebelum mendapat gelaran doktor).

2. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Makna04.02.2014
Adakah terdapat perbezaan antara gelaran Prof. dan Prof. Dr.? Kerana terdapat doktor perubatan (Dr.) yang mendapat gelaran Profesor dan juga pensyarah biasa yang mendapat geraran Profesor.

 Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "Dr." ialah kependekan untuk "doktor". Doktor bermaksud 1. orang yang berkelayakan (bertauliah) mengamalkan perubatan dan 2. orang yang telah mendapat ijazah tertinggi dalam sesuatu pe­ngajian. Sekiranya seorang doktor perubatan telah menghabiskan pengajian pada peringkat sarjana kehormat (PhD), beliau akan mendapat gelaran Dr. Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. 

Tatabahasa30.05.2014
Salam sejahtera DBP. Soalan saya ialah berkenaan dengan ejaan rasmi perkataan 'Architect' di dalam Bahasa Melayu: adakah 'Arkitek' atau 'Akitek'? Ini adalah kerana terdapat kekeliruan dan penggunaan rasmi kedua-dua ejaan ini digunakan secara meluas. Contohnya untuk 'Arkitek': Lembaga Arkitek Malaysia, Akta Arkitek 1967. Manakala contoh ejaan 'Akitek': Pertubuhan Akitek Malaysia, dan banyak firma seni bina berdaftar yang menggunaan ejaan ini. Terima kasih di atas bantuan dan kerjasama dari pihak DBP.Menurut Kamus Dewan Perdana, ejaan yang betul ialah “arkitek” yang bermaksud orang yang berkelayakan untuk mereka bentuk bangunan dan menyelia pembinaannya.Ejaan30.12.2021

Kembali ke atas