| Assalamualaikum wbt Apakah perbezaan dan fungsi antara Salinan Kepada (s.k) dan Senarai Edaran dalam penyediaan surat rasmi? Adakah surat s.k. tersebut memerlukan tindakan si penerima s.k. atau sekadar makluman sahaja? Terima kasih. | Salinan kepada dinamakan kepada pihak lain, selain penerima dan pada amalannya salinan kepada dinamakan kepada seorang, dua orang atau tiga orang daripada mereka yang berkepentingan seperti Pengarah dan Ketua Bahagian. Senarai edaran pula mengandungi senarai penerima. Salinan kepada bertujuan untuk memaklumkan pihak berkenaan dan tindakan selanjutnya (jika ada) diputuskan oleh pihak berkenaan. | Tatabahasa | 20.07.2023 |
| Saya memerlukan pengesahan tentang istilah stakeholder kerana saya dapati penerangan/jawapan yang ada di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemegang+taruh&d=175768LIHATSINI seolah-olah bercanggah antara satu-sama lain. Carian saya juga mendapati "pemegang taruh" sangat meluas digunakan dalam bidang pengurusan. Bolehkah saya tahu mana satu istilah yang sepatutnya digunakan (wajib/ pilihan). Terima kasih. Saya juga ingin cadangkan agar laman PRPM ini selalu dikemas kini. Jika ada perubahan semasa, padamkan semua entri lama / jawapan lama yang sudah obsolete/lapuk. Saya dapati banyak orang tersalah dan kekeliruan berlaku disebabkan terlalu banyak maklumat lapuk pada PRPM, temasuk pecanggahan pada laman-lama yang berbeza - bergantung pada cara carian dibuat. Dan menjadi masalah apabila orang-orang bidang bahasa berpegang pada sesuatu yang kurang tepat, hasil carian di PRPM. Harap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "stakeholder" ialah pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Perkataan pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran. Ribuan terima kasih atas cadangan puan dan kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat. | Istilah | 24.09.2021 |