Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pen­duduk asal sesebuah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pen­duduk asal sesebuah negeri (bukan orang asing atau orang mendatang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penduduk asal sesebuah negeri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Mohon pencerahan. Bagaimanakah mahu mengenal pasti perkataan "orang asli" ditulis menggunakan huruf besar di pangkal kata atau sebaliknya. Contohnya, "Orang Asli", "orang Asli" atau "orang asli". Sekiranya, perkataan "Orang Asli Negrito", adakah semua huruf pada pangkal kata perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih.Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito.Ejaan17.11.2016
ejaan untuk orang asli atau orang Asli atau Orang Asli?

Encik Yu,

Jika ungkapan itu digunakan secara umum ia ditulis sebagai orang asli, tetapi apabila digunakan untuk penulisan secara khusus ialah Orang Asli.

Istilah30.03.2010
adakah ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil atau besar. orang asli atau Orang Asli. terima kasihPerkataan orang asli dieja dengan huruf kecil iaitu orang asli.Ejaan26.07.2019
Assalamualaikum w.b.t Bagaimanakah ejaan bagi perkataan orang asli yang sebenar-benarnya? 1. Orang Asli 2. orang Asli 3. orang asli Terima Kasih.Salam,

Ejaan yang betul ialah orang asli kerana ia merupakan kata nama am, bukannya kata nama khas yang perlu dieja dengan huruf besar.
Tatabahasa03.12.2015
Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman...

Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya.

Ejaan20.04.2010
Nama saya Farouk Azim dan saya seorang penggemar bahasa yang berminat tentang bahasa-bahasa Orang Asli. Merujuk kepada artikel bertajuk "Orang Asli voices may go silent as languages face extinction" yang menyatakan JAKOA bersama DBP telah dan masih membuat kajian untuk bahasa-bahasa Orang Asli untuk menghasilkan kamus daripada hasil kajian tersebut, saya ingin mengetahui jika saya boleh mendapat apa-apa kemaskini status atau laporan tentang kajian tersebut? Di samping itu, saya ingin mengetahui jika ada apa-apa usaha lain untuk mendokumentasikan bahasa-bahasa Orang Asli menggunakan media seperti rakaman audio dan video supaya lebih mudah untuk seseorang mempelajari bahasa-bahasa Orang Asli? Saya berharap pihak DBP dapat memberikan jawapan kepada soalan-soalan saya.
Assalamualaikum wbt tuan yang dihormati,
 
DBP bekerjasama dengan KPM termasuklah pihak JAKOA bagi menjayakan Program UNESCO: Melestarikan Bahasa Sukuan dan Bahasa Daerah. Program ini melibatkan pengumpulan data lapangan dan pengesahan data entri untuk penerbitan Daftar Kata. Pihak kami juga sedang usahakan medan audio di dalam Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendokumentasikan entri bahasa sukuan dan bahasa daerah tersebut. Berikut merupakan senarai projek UNESCO bahasa orang Asli yang sedang kami usahakan untuk tahun 2020, antaranya:
i)     Daftar Kata Bahasa Semai / ii)    Daftar Kata Bahasa Jedek/Jahai / iii)   Daftar Kata Bahasa Kanaq
    
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi:               
Nor Azianti binti Abd Aziz,
Bahagian Peristilahan dan Leksikologi,
Tel.:  03 2147 9158
Lain-lain23.01.2020
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan untuk perkataan orang asli kerana maklumat yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat DBP terdapat kekeliruan. Ada yang mengatakan ejaannya ialah orang asli kerana ia kata nama am bukan kata nama khas. Namun, terdapat juga yang mengatakan ejaannya ialah orang Asli kerana Asli itu bersamaan dengan kaum seperti orang Melayu, orang Siam. Jadi yang sebenarnya, manakah ejaan yang betul? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Ejaan yang betul ialah orang asli kerana orang asli merupakan kata nama am, iaitu penduduk jati atau asal yang mula-mula menduduki sesebuah negeri sejak diketahui pada peringkat awal sejarah tamadun manusia. Bagi penulisan nama khas, contohnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), barulah huruf ‘O’ dan ‘A’ ditulis dengan huruf besar.  
Ejaan07.04.2017
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua,

Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur.

Lain-lain02.09.2010
Leong Yun Kui Jul 2nd, 6:09pm Saya seorang guru bahasa. Akhir-akhir ini kami berasa keliru dengan beberapa contoh ayat songsang yang diterangkan dalam Buku Tatabahasa dewan Jilid terbaharu. Ayat Biasa: Saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu pada masa dahulu. AYat Songsang: Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. (Adakah ini ayat songsang? Saya berpendapat ayat ini hanya mengalami pendepanan salah satu daripada frasa keterangan dalam bahagian predikat. Namun, struktur ayatnya masih jelas bersusunan subjek di depan dan predikat masih berada di belakang. Saya berpendapat sepatutnya..ayat songsangnya sepatutnya ..Pernah mendiami perkampungan orang asli itu saya pada masa dahulu. Harap balas..1. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, pada masa dahulu, saya. Ayat songsang seluruh. 2. Pernah mendiami perkampungan orang asli itu, saya, pada masa dahulu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan kata kerja). 3. Pada masa dahulu, saya pernah mendiami perkampungan orang asli itu. Ayat songsang sebahagian (mendahulukan keterangan).Tatabahasa02.08.2015
saya ingin bertanya mengenai pemurnian bahasa yang berlaku, seperti orang asli menjadi orang asal dan juga beberapa perkataan lain.. kenapa kurang didedahkan? saya ada mendapat beberapa perkataan daripada pensyarah saya seperti tunas wibata. boleh pihak dbp menyenaraikan lagi perkataan-perkataan lain yang telah diwujudkan dalam memurnikan lagi bahasa malaysia agar tidak kasar didengar? terima kasih.Untuk makluman tuan tidak ada perubahan bagi istilah orang asli kepada orang asal. Istilah orang asli telah mantap penggunaannya hatta dalam bidang undang-undang pun digunakan Akta Orang Asli. Pembentukan kata baharu sepertimana lazimnya dimasukkan dalam kamus edisi baharu. Selain itu, media juga memainkan peranan penting dalam penggunaan kata baharu yang dicipta atas keperluan semasa sesuatu bidang. DBP tidak menerbitkan senarai khusus perkataan baharu atau perkataan yang sedia ada tetapi diberi peluasan makna berdasarkan konteks semasa. Sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan.Istilah17.10.2012
1234

Kembali ke atas