Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Outstanding


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah terjemahan "outstanding amount" dalam bahasa malaysia. Outstanding amount yang dimaksudkan adalah merangkumi bayaran/ansuran terdahulu yang mungkir dibayar dan bayaran semasa yang masih belum dibayar. Bagi menceritakan dua keadaan tersebut, adakah terjemahan "outstanding amaun" adalah "amaun tertunggak"?. Terima kasih.Padanan outstanding amount ialah amaun berbaki.Tatabahasa24.05.2012
Adakah perkataan "Phenomenal" dalam bahasa Inggeris yang membawa maksud/bersinonim "extraordinary, remarkable, outstanding, amazing" boleh dipakai sebagai kata pinjaman "Fenomenal" yang ditakrifkan sebagai sesuatu yang luar biasa dan hebat, serta dapat dilihat dengan mata kasar?Untuk makluman tuan/puan, perkataan 'fenomenal' tidak terakam dalam mana-mana Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Padanan bahasa Melayu bagi istilah phenomenal ialah fenomena atau fenomenon. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), 'fenomena' bersinonim dengan 'fenomenon' dan ditakrifkan sebagai seseorang atau sesuatu yang hebat dan dikagumi.Istilah13.09.2025
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah terjemahan bahasa Melayu yang betul untuk istilah kewangan "regularise"? Contoh penggunaan istilah adalah "Rehabilitation is a repayment programme tailored for the customer to regularise the loan account." (sumber: Maybank) serta "DCMT and the Company will discuss with AmBank to regularise the outstanding payment of the Total Outstanding Amount." dan "The Company will make the necessary announcement on further development of the regularisation plan in accordance with the requirements under PN17 of the Listing Requirements." (sumber: Bursa Malaysia). Terima kasih.Perkataan regularise/regularize boleh diterjemahkan kepada mengurus atau mengawal (mengurus akaun pinjaman/mengawal akaun pinjaman). Walau bagaimanpun, cadangan terjemahan ini bukanlah mutlak dan bergantung pada konteks penggunaannya. Penyemakan dan penterjemahan31.07.2019

Kembali ke atas