Assalamualaikum. Baru- baru ini pihak PDRM ada menggunakan perkataan "PENGAWAMAN" dimana maksudnya pengambilan kakitangan awam yang ramai untuk di tempatkan ke dalam organisasi PDRM. Saya semak melalui kamus dan istilah DBP tiada perkataan berkenaan . Adakah perkataan yang lain yang lebih sesuai. | Pengawaman timbul dari kata dasar awam dan melalui proses apitan pe...an, walau bagaimanapun tidak ada contoh perkataan ini digunakan dalam kamus atau penulisan lain. Oleh itu, hal ini akan kami bincangkan dalam Jawatankuasa Istilah semasa dan akan kami hubungi En. Fadzil kemudian nanti. | Tatabahasa | 09.06.2010 |
Saya ingin tahu erti sebenarn apakah maksud lencana SAYA ANTI RASUAH sepertimana yang di pakai oleh Pegawai dan anggota PDRM. | Rasuah bermaksud perbuatan yang salah di sisi undang-undang seperti menerima atau memberikan wang suap(pecah amanah, menggelapkan wang dll.) Anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan,menentang. Antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah. Sdr. boleh menghubungi Polis Diraja Malaysia. | Lain-lain | 01.10.2007 |
Salam, dahulu nama 'Kastam Diraja Malaysia' disingkatkan dengan KDRM. Bagi tujuan penjenamaan semula jabatan, Kastam Diraja Malaysia dinamakan 'Jabatan Kastam Diraja Malaysia' atau singkatnya JKDM. Soalan pertama, mestikah nama organisasi dinamakan dengan JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA atau nama KASTAM DIRAJA MALAYSIA boleh berdiri dengan sendiri tanpa memasukkan perkataan JABATAN. Soalan kedua, singkatan JKDM atau JKDRM, mana yang betul. Contoh KDRM sama dengan PDRM, manakala TUDM dan TLDM tidak memasukkan R (Raja) dalam singkatannya. Sekian, terima kasih. | Saudara Anuar, i. Untuk penamaan semula organisasi adalah lebih sesuai dan tepat organisasi tersebut dinamai Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Penamaan ini adalah selaras dengan nama jabatan lain seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Penyiaran Malaysia, dan sebagainya. ii. Dari segi singkatan yang hanya mengambil huruf pertama nama organisasi, maka singkatannya ialah JKDM kerana perkataan 'Diraja' dieja sebagai satu perkataan bersesuaian dengan singkatan TUDM dan TLDM. Walau bagaimanapun saudara bolehlah merujuk Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) untuk memastikan sekiranya terdapat kaedah penulisan singkatan jabatan di peringakat JPA. | Lain-lain | 10.08.2009 |