Assalam tuan Adakah ayat songsang ini boleh diterima .. Kem motivasi pengawas semua pengawas sekolah telah menyertai | Ya, ayat songsang tersebut boleh diterima dengan memasukkan tanda koma dan sedikit pembetulan seperti berikut. Kem motivasi, pengawas semua sekolah telah menyertai ... | Tatabahasa | 22.03.2018 |
Ayat yang berikut manakah betul?1.Pengawas itu menaikkan bendera hingga penjuru tiang. 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. 3.Pengawas itu menaikkan bendera hingga hulu tiang. 4.Pengawas itu menaikkan bendera hingga atas tiang . Terima kasih. | Ayat yang betul ialah 2.Pengawas itu menaikkan bendera hingga puncak tiang. | Tatabahasa | 08.06.2014 |
Cikgu, dengan hukum D-M, antara frasa nama "calon percubaan pengawas" dengan "calon pengawas percubaan" yang manakah merupakan susunan perkataan pada kedudukan yang betul? | Frasa yang betul ialah "calon pengawas percubaan". | Tatabahasa | 24.07.2014 |
Pengawas hendaklah menyemak dokumen berikut pada hari peperiksaan: a) Kad pengenalan calon b) Kad pelajar c) ....... Soalan saya: Perlukah diletak perkataan 'yang' selepas perkataan 'dokumen' dalam ayat di atas? | Penggunaan yang betul ialah ... menyemak dokumen seperti yang berikut .... Yang perlu dimasukkan dan yang ialah kata hubungan pancangan relatif dan seperti ialah kata sendi nama, dan ...seperti yang berikut ... membentuk frasa nama yang lengkap. | Tatabahasa | 11.02.2010 |
slm.. penggunaan penjodoh bilangan untuk murid,pelajar,pengawas dan sebagainya..perlukah disertakan dengan orang di depannya seperti (beberapa orang pengawas/ beberapa orang murid) atau di tulis begini (beberapa murid,beberapa pengawas,beberapa pekerja) terima kasih | Penggunaan penjodoh bilangan bergantung pada konteks penggunaannya. Lihat perbezaannya dalam ayat berikut: Beberapa orang pengawas sedang bertugas di pintu sekolah dan Penggunaan alat bantu mengajar diharapkan dapat membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. | Tatabahasa | 09.03.2012 |
Pengawas itu mencatat nama murid yang datang lewat ke sekolah. a) Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. b) Nama murid yang datang lewat ke sekolah dicatat oleh pengawas. Ayat aktif tukar ke ayat pasif, jawapan a atau b adalah betul ? | Bentuk ayat pasif - a. Murid yang datang lewat ke sekolah dicatat namanya oleh pengawas. | Tatabahasa | 19.06.2010 |
A - Pengawas yang dilantik hendaklah dari kalangan guru sekolah. B - Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Ayat A atau B betul? | Saudara, Ayat yang betul ialah " Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Kata sendi "dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Adakah sama maksud antara watikah dengan pelantikan. Contoh, Majlis Watikah Pelantikan Pengawas ATAU Majlis Penyerahan Watikah Pengawas. Terima kasih. | "Watikah" ialah surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, yang diberikan kepada seseorang), manakala "pelantikan" ialah perihal atau perbuatan mengangkat secara rasmi seseorang untuk memegang sesuatu jawatan."Watikah Pelantikan Pengawas" betul dari segi tatabahasa dan membawa maksud surat yang secara rasmi mengangkat memegang jawatan pengawas. | Makna | 21.02.2017 |
Ketua Pengawas yang dilantik hendaklah dari / daripada kalangan guru sekolah kerajaan sahaja. Soalan : dari atau daripada? | Puan Azian, Kata sendi nama yang betul ialah daripada. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut tentang penggunaan kata sendi nama. | Tatabahasa | 13.01.2010 |
1."Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2."Tahukah kamu siapakah yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. Kemusykilan.... Mana yang lebih tepat penggunaan partikel 'lah' pada kata tanya dalam ayat? "Tolong letakkan barang itu di.............",tunjuk ibu kepada Salmah. A.mana B.sini C.sana D.situ Apakah jawapan yang tepat atau soalan yang dikemukakan tidak betul. | 1. Ayat yang paling tepat - "Tahukah kamu siapa yang bakal dipilih sebagai Ketua Pengawas?" tanya Faridah kepada Bakar. 2. Tolong letakkan barang itu di sini/sana/situ - ketiga-tiga perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut asalkan bersesuaian dengan tempat yang dimaksudkan oleh penuturnya. | Tatabahasa | 27.01.2011 |