Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak DBP berkenaan ejaan jawi bagi beberapa perkataan rumi seperti di bawah. Saya telah menggunakan khidmat terjemahan rumi ke jawi namun terdapat perbezaan ejaan. 1. PERKESO 2. WISAM PERKESO 3. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Perkataan ini akan dipaparkan pada papan tanda bagi pejabat Perkeso Kuantan. Saya memohon kerjasama pihak DBP untuk membantu saya bagi mengelakkan kami menggunakan ejaan perkataan yang salah dan mengelirukan pengguna. Pihak DBP boleh mengesyorkan badan atau unit yang boleh membantu kami sekiranya pihak DBP tidak menyediakan perkhidmatan ini. Terima kasih. | 1. PERKESO - ڨرکيسو 2. WISMA PERKESO - ويسما ڨرکيسو 3. PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA - ڨرتوبوهن کسلامتن سوسيال کمنترين سومبر ماءنسي | Ejaan | 20.02.2025 |
Mohon semak bahasa untuk iklan kain rentang Jabatan untuk dipasang dan kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam : Jom Daftar sekarang ..! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama ! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO ? OPERASI PENGESANAN BERMULA 1 SEPTEMBER 2013. HOTLINE PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Untuk pengesahan iklan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa dengan melampirkan visual iklan kain rentang tersebut. Jom Daftar sekarang! PERLINDUNGAN KESELAMATAN SOSIAL Tanggungjawab Bersama-sama! SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR DENGAN PERKESO? OPERASI PENGESANAN BERMULA PADA 1 SEPTEMBER 2013. Talian Utama PERKESO 03-42575755 atau www.perkeso.gov.my | Tatabahasa | 30.07.2013 |
Pada masa ini PERKESO membeli 100 lesen Kamus elektronik DEWAN EJA. Apakah kamus ini milik bersama DBP?. Sekiranya TIDAK apa kamus elektronik yang dijual oleh DBP dan bagaimana untuk membelinya sebab PERKESO sangat memerlukannya sebagai rujukan bersama dalam perisian Microsoft Words 2007 sebagai spelling checker bila menaip dalam Bahasa Malaysia. | DEWAN EJA merupakan kamus elektronik DBP. | Lain-lain | 10.08.2010 |
Assalamualaikum, Saya Siti Fairus dari Syarikat Fire Tech Engineering. Saya ingin mengucapkan terima kasih diatas bantuan pihak DBP dalam mengesahkan ejaan beberapa perkataan rumi kepada jawi bagi projek pemasangan papantanda bagi projek PERKESO Kuantan sebelum ini. Saya ingin meminta bantuan sekali lagi untuk mengesahkan ejaan yang betul bagi perkataan seperti di bawah dalam tulisan JAWI: "SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA" Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas bantuan pihak tuan/puan. | Ejaan Jawi untuk "SEBUAH AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA" ialah “سبواه اڬينسي دباوه کمنترين سومبر ماءنسي” Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan peralihan ejaan daripada Rumi kepada Jawi. Pihak kami hanya membantu menyemak perkataan Rumi yang telah dijawikan sahaja. Ejaan Jawi boleh dirujuk melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu https://prpm.dbp.gov.my/, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (DBP, 2016). Namun, jika perkataan tersebut tiada, tuan boleh mengemukakan pertanyaan melalui Khidmat Nasihat DBP atau untuk pertanyaan yang ringkas, tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200. | Lain-lain | 07.04.2025 |