private financing initiative | inisiatif pembiayaan peribadi | Istilah | 20.04.2011 |
Assalamualaikum. Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan 'private' dalam ayat ini: 'Your calls stay private with end-to-end encryption'. Adakah terjemahan ini betul: 'Panggilan anda kekal tertutup dengan penyulitan menyeluruh'. Terima kasih. | Perkataan "private" dalam ayat yang dikemukakan sesuai diterjemahkan sebagai "sulit". | Makna | 27.08.2019 |
Translation Private and Confidential dalam Bahasa Malaysia | Private and Confidential diterjemahkan kepada Sulit dan Peribadi. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.01.2015 |
Mohon dapatkan cadangan nama Seksyen Government Secured Private Cloud ke dalam Bahasa Melayu. t/kasih | Istilah "Secured Private Cloud" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat berikan cadangan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 07.03.2016 |
Apa istilah bahasa Melayu tinggi untuk "PM tepi (private message tepi)"? | Kami mencadangkan padanan "mesej peribadi" untuk perkataan private message (PM). Walau bagaimanapun, padanan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 16.08.2023 |
Yang manakah istilah betul dan digunakan pada masa kini? Data analyst - penganalisis data / juruanalisis data private equity analyst - penganalisis ekuiti persendirian / juruanalisis ekuit persendirian banking analyst - penganalisis perbankan/ juruanalisis perbankan terima kasih | Cadangan padanan bagi istilah data analyst dalam bahasa Melayu ialah juruanalisis data, private equity analyst ialah juruanalisis ekuiti swasta dan banking analyst ialah juruanalisis perbankan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.07.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah padanan terjemahan Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah direct message (DM) dan private message (PM) yamg kerap kali digunakan dalam media sosial? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah direct message ialah mesej terus. Manakala, padanan bahasa Melayu bagi istilah private message ialah mesej peribadi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.07.2023 |
Saya ingin bertanya apakah istilah bahasa Melayu yang perkataan berikut: -Variable Refrigerant Flow (VRF) -Private Automatic Branch Exchange (PABX) -Fan Coil Unit (FCU) -Central Direct Expansion System (DX) Water Cooled System -Booster Pump -Roller Shutter atau Fire Roller Shutter - Fire Fighting Pump -Submersible Pump - Air Curtain | Cadangan padanan bagi istilah-istilah berikut dalam bahasa Melayu ialah seperti yang berikut: 1. variable refrigerant flow (VRF) - aliran penyejuk boleh ubah (VRF) 2. private automatic branch exchange (PABX) - ibu sawat cawangan swaautomatik (PABX) 3. fan coil unit (FCU) - unit gegelung kipas (FCU)_ 4. central direct expansion system (DX) - sistem pengembangan langsung pusat 5. water cooled system - sistem penyejukan air 6. booster pump - pam penggalak 7. roller shutter - penutup gendela gulung 8. fire roller shutter - penutup gendela gulung kebakaran 9. fire fighting pump - pam pencegah kebakaran 10. submersible pump - pam selam / pam boleh tenggelam Padanan istilah-istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 23.04.2024 |
Apakah istilah bahasa melayu untuk Collaborative Governance. Maksud collaborative governance adalah seperti berikut: Collaborative Governance involves the government, community and private sectors communicating with each other and working together to achieve more than any one sector could achieve on its own. | Cadangan istilah bahasa Melayu untuk Collaborative Governance ialah Tadbir Urus Kerjasama. | Istilah | 26.04.2017 |
Nampaknya penggunaan Bahasa Melayu makin dipinggirkan oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Media cetak lebih lagi eletronik memburukkan lagi keadaan. DBP tidak ada undang-undang penguatkuasaan. Benci betul saya melihat perkataan 'car wash', parking, private properties dan banyak lagi seolah-olah mencabar bahasa Melayu. Undang2 Kecil Bandaran mengenaan bahasa Kebangsaan siapa pun tak ambil tahu. Menteri-menteri Melayu pun sama tak ikut Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152, sanggup jual bangsa, Bahasa Melayu diganti dengan Bahasa mlaysia. Ada orang sanggup cabar di Mahkamah ke? Cakap banyak pun buat sakit hati, apa yang saya boleh bantu DBP dalam mempertabatkan Bahasa Melayu?. | Terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu di negara kita. Sokongan dan komitmen tuan dalam usaha kami untuk memartabatkan bahasa Melayu amat dalu-alukan dan dihargai. Diharap tuan dapat terus memberikan sokongan kepada usaha dan kegiatan yang kami adakan dari semasa ke semasa. Terima kasih. | Lain-lain | 02.11.2007 |