Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penilaian terhadap sesuatu kegiatan, program dan sebagainya yang telah dijalankan  (Kamus DBP versi dalam Talian)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pascanilai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Malaysia, Apakah istilah yang sesuai untuk post mortem ujian dan peperiksaan dalam bahasa Melayu? Istilah bedah siasat tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. Terima kasih.

Post mortem selalu digunakan bagi tujuan untuk melihat sama ada sesuatu projek itu telah mendapat kejayaan atau sebaliknya. Dalam konteks ujian dan peperiksaan bahasa Melayu, kami cadangkan pascanilai, contohnya pascanilai projek A.

Makna09.11.2009
perkataan post mortem menepati maknanya untuk "POST-MORTEM 2014 dan strategi 2015"??Dalam konteks umum, post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai, pasca nilai 2014 dan strategi 2015.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2014
1) Apakah istilah yang tepat bagi menggantikan perkataan Coaching & Mentoring? 2) adakah istilah berikut telah diwartakan oleh DBP; TULAR bagi menggantikan VIRAL; PASCA NILAI (POST MORTEM) dan SWAFOTO (SELFIE)1. Padanan bahasa Melayu bagi istilah coaching & mentoring ialah Bimbingan dan Pementoran

2. Untuk  makluman tuan, istilah tular, pascanilai dan swafoto merupakan cadangan bahasa Melayu bagi perkataan viral, postmortem dan selfie dan perkataan tular, pascanilai dan swafoto boleh digunakan.
Penyemakan dan penterjemahan05.01.2017
Terima kasih atas maklum balas pada 3/4/09. Sebenarnya saya perlukan istilah BM bagi "post mortem". Ada pihak menggunakan istilah "kajian impak", bolehkah diterima? T. kasih.Istilah post mortem dalam bahasa Melayu dalam konteks yang saudara maksudkan ialah pascanilaiIstilah06.04.2009
Dewan Bahasa dan Pustaka sudah perkenalkan perkataan "Swafoto" bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu guna selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Swafoto - gambar kendiri Berswafoto - mengambil gambar kendiri Menswafoto - perbuatan merakam gambar sendiri Jom guna Bahasa Melayu yg betul, indahnya bahasa kita. Suri Teladan – Role Model Jerayawara – Road Show Latar Pentas – Back Drop Gegantung – Bunting Imej Tumpu – Highlight Parkir – Parking Pascanilai – Postmortem Swafoto - Selfie ---adakah ini hebahan yang benar?Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan oleh DBP adalah seperti yang berikut:

Selfie - Swafoto 
Role Model  – Suri Teladan 
Road Show - Jerayawara 
Back Drop - Latar Pentas 
Bunting -  Gegantung
Highlight   - Imej Tumpu 
Parking - Tempat Letak Kereta
Postmortem -  Pascanilai
Istilah05.12.2016
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih.1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan.
2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 
3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my
4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 
5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 
6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253.
Tatabahasa13.01.2013

Kembali ke atas