| apakah perbezaan perkataan kedudukan dan cabaran? | Makna kedudukan ialah 1. tempat tinggal (yg didiami); 2. tempat letaknya: ~ Singapura di tengah-tengah jalan laut yg menghubungkan Timur dan Barat menyebabkannya menjadi pelabuhan yg begitu penting di Asia; 3. keadaan atau selok-belok (hal) sesuatu perkara (terutama pd masa tertentu), situasi: sudah berkali-kali ia menerangkan ~ yg sebenarnya kpd penduduk-penduduk di situ; ~ politik (ekonomi dsb); 4. tingkatan taraf (martabat, darjat, dsb): tiap-tiap orang ada harapan utk mendapat pangkat dan ~ yg tinggi dlm negaranya;. Cabaran pula ialah 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 27.06.2010 |
| MAKSUD 'PANGKALAN' , MAKSUD 'PANGKALAN UDARA' , ADAKAH 'PANGKALAN UDARA' BOLEH DIGUNAKAN SELAIN DARI TENTERA DI MANA DEFINISI 'AIR BASE' DALAM BAHASA INGGERIS HANYA EKSKLUSIF KEPADA PENEMPATAN TENTERA. JIKA DIBOLEHKAN PENGGUNAAN 'PANGKALAN', BAGAIMANA KEADAAH PENGGUNAAN SEBENAR PERKATAAN 'PANGKALAN'. SEBAGAI CONTOH 'PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG' ATAU 'PANGKALAN UDARA SUBANG JBPM' ATAU 'PANGKALAN UDARA BOMBA SUBANG' | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "pangkalan" ialah tempat perahu dan lain-lain berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dan lain-lain dikumpul (untuk diangkut dan lain-lain); 3. pelabuhan (lapangan terbang dan lain-lain) yang menjadi tempat untuk mengadakan latihan, melancarkan serangan dan sebagainya. Contoh penggunaannya: Pangkalan Data, Pangkalan Tentera Laut, Pangkalan Tentera Udara, Pangkalan Kapal Layar dan sebagainya. Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan yang sesuai ialah PANGKALAN UDARA JBPM SUBANG. | Makna | 19.07.2021 |