Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panas (adjektif)
1. Bersinonim dengan hangat: panas kuku, pesam, pesam kuku, panas pesam, suam, suam-suam kuku,
Berantonim dengan sejuk

2. Bersinonim dengan demam: hangat, dedar, radang, gerah, palak,
Berantonim dengan kebah

3. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan panas terik, berbahang, berkuap, bekuan cerah, terang,
Berantonim dengan redup

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sangat marah, berang, membara, naik darah, menggelegak, mendidih,

5. Bersinonim dengan genting: sengit, tegang, meruncing, hangat, kebal, berbahaya,

6. Bersinonim dengan sial: mendatangkan bala, merugikan, menyusahkan, tidak menguntungkan, suih,

Kata Terbitan : panas-panas, berpanas, memanaskan, kepanasan, pemanasan, pemanas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah gramatis? Salah satu punca menyebabkan krisis air adalah berlakunya pemanasan global. Terima kasih.Ayat yang lebih sesuai "Antara punca yang menyebabkan krisis air berlaku ialah pemanasan global".Tatabahasa22.07.2019
1)Pemanasan global yang berlaku adalah akibat daripada kekhilafan dan kesalahan manusia yang sangat begitu rakus sekali membaham segala-galanya kekayaan yang ada demi untuk memenuhi tuntutan duniawi. 2)senaman adalah salah satu daripada aspek yang termat penting sekali di dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang.Apa yang perlu kita tahu terdapat pelbagai rawatan-rawatan untuk kesakitan kronik itu seperti makan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti. 3)Bila menyentuh tentang kecantikan tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan adalah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan makeup untuk menutup kulit yang rosak yang sekaligus tidak diperlukan oleh kita menghabiskan banyak wang dan masa 4)guru sehahrusnya dapat mempamirkan sepenuhnya komitmen yang dengan seikhlas mungkin.murid-murid boleh menilai diri guru samada pengajaran yang guru lakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja di samping mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.Berikut ayat yang telah disemak.

1)Pemanasan global yang berlaku merupakan kesan daripada kekhilafan manusia yang sangat rakus sekali membaham semua kekayaan yang ada demi memenuhi tuntutan duniawi.

2)Senaman ialah salah satu daripada aspek yang amat penting sekali dalam rawatan komprehensif sakit tulang belakang. Kita perlu mengetahui terdapat pelbagai rawatan untuk penyakit kronik itu seperti memakan ubat,suntikan,tampalan,vitamin,fisioterapi dan terapi kogniti.

3)Apabila  menyentuh mengenai kecantikan, tentu sekali perkara yang paling dititikberatkan ialah kulit yang cantik dan sihat tanpa perlu menggunakan mekap bagi menutup kulit yang rosak serta mengelakkan pembaziran banyak wang dan masa.
 
4) Guru seharusnya dapat mempamerkan sepenuh komitmen dengan ikhlas. Murid-murid boleh menilai guru sama ada pengajaran yang diberikan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan menghabiskan sukatan pelajaran sahaja atau mampu memberi bimbingan dan tanggungjawab dengan sepenuh hati.
Tatabahasa04.03.2013
Salam sejahtera, kata 'menyumbang' membawa makna (i) memberikan sumbangan / bantuan (ii) membekalkan tenaga, fikiran dsb. berdasarkan Kamus Bahasa Melayu. Tampaknya, makna atau takrif untuk kata 'menyumbang' bersifat positif: Semasa menjayakan majlis Hari Guru, banyak pelajar yang menyumbang; Diharapkan kalian dapat menyumbang kepada PIBG dengan membeli tiket-tiket konsert amal yang kami anjurkan. Malangnya, sesetengah pihak menggunakan kata ini untuk menyatakan maksud negatif: Kemalasan Muthu menyumbang kepada kegagalannya dalam peperiksaan SPM; Adakah terlintas dalam minda kita tentang faktor-faktor yang menyumbang ke arah gejala pemanasan global yang semakin meruncing ini? Persoalannya, bolehkah kata 'menyumbang' digunakan untuk menyatakan makna negatif dalam bahasa Melayu? Mengapa? Sekian. Salam hormat Kay SevenUntuk makluman, makna “menyumbang”  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah: 1. memberikan sesuatu kpd orang yg mengadakan keramaian (sbg ban­tuan, sokongan); 2. turut membantu atau menyokong (dgn tenaga, wang, dll). Kedua-dua makna tersebut tidak mengkhususkan kepada maksud positif sahaja. Oleh itu, perkataan “menyumbang” boleh juga digunakan dalam maksud negatif.Makna22.12.2016

Kembali ke atas