Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Pengkomputeran Awan Cloud Computing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah istilah sasar bagi "Cloud Storage" dan "Cloud Computing"?Cadangan perkataan yang sesuai bagi perkataan cloud storage dan cloud computing ialah storan awan dan pengkomputeran awan.Istilah07.10.2020
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk cloud computing?Padanan cloud computing ialah pengkomputeran awan.Istilah08.11.2011
Apakah itu Cloud Computing?Padanan istilah bahasa Melayu untuk cloud computing ialah pengkomputeran awan. Pihak kami tidak mempunyai huraian tentang istilah tersebut.Istilah19.06.2012
Tuan yang berkenaan, Apakah terjemahan yang betul untuk istilah 'Cloud Computing' dan 'Cloud Services' bagi bidang komputer/IT? Saya telah mencari di dalam Carian Kata namun gagal menjumpainya. Terima kasih

Belum ada lagi istilah cloud dalam bidang Komputer atau Teknologi Maklumat, manakala dalam bidang-bidang lain seperti Fizik, Kejuruteraan dan Komunikasi istilah cloud diterjemahkan kepada awan. Berdasarkan istilah tersebut kami cadangkan padanan cloud computing dan cloud services ialah pengkomputeran awan dan servis awan.

Istilah17.08.2011
As'salam. Saya ingin meminta bantuan pihak tuan/pun untuk memastikan bagi terjemahan perkataan yang berikut adalah tepat 1. Cybersecurity - Keselamatan siber 2. Autonomous robots - Robot automatik 3. System integration - Integrasi sistem 4. Internet of things - Internet benda 5. Simulation - Simulasi 6. Additive manufacturing - Pembuatan bahan tambah 7. Cloud computing - Pengkomputeran awan 8. Augmented Reality - Realiti perantara 9. Big data - Data raya Harap pihak tuan/puan dapat membantu. Terima kasihSemua padanan bahasa Melayu adalah betul kecuali nombor 2, 3 dan 8 (2. Autonomous robots - Robot berautonomi;  3. System integration – Persepaduan sistem dan 8. Augmented Reality - Realiti terimbuh).Istilah19.07.2018
Salam, Saya ingin mendapatkan penterjehaman yang rasmi mengenai istilah dalam IT iaitu "Cloud Computing" yang telah mula di perluaskan perkhidmatannya.Padanan Clou Computing dalam bahasa Melayu ialah Pengkomputeran Awan.Istilah16.01.2012
Salam. Apakah terjemahan "cloud" dalam bahasa Melayu (konteks IT atau komputer). Contoh ayat: "Direct link to your settings in the cloud" (Pautan langsung kepada tetapan anda di awan?)Dalam bidang Teknologi Maklumat, istilah clod computing diterjemahkan kepada pengkomputeran awan. Klik cloud">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cloud dan klik domain Istilah Malaysia untuk maklumat lanjut.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2014

Kembali ke atas