Bagaimana saya ingin mendapatkan buku-buku terbitan DBP iaitu Totto Chan-Gadis kecil dijendela yang diterjemahkan oleh Samsuddin Jaapar dan diterbitkan pada tahun 1989 | Sdr. Sifuy, judul ini sudah lama diterbitkan. Saya tidak pasti sama ada masih ada dalam stok kedai buku DBP. Memandangkan buku ini projek terjemahan, DBP tidak boleh membuat cetak ulang kerana bergantung pada perjanjian dengan penerbit asal. Sebagai pilihan, sdr. boleh dapatkan judul ini dari Pusat Dokementasi Melayu DBP (sebagai bahan bacaan sahaja). Terima kasih. | Lain-lain | 28.05.2013 |
Assalamualaikum tuan.. Saya di sini ingin bertanya mengenai proses penerbitan buku, manuskrip saya berjudul 'Aku Ingin Cemerlang' telah diluluskan JKP pada 24/2/2012 dan dikhabarkan akan melalui proses pra cetak dan cetak pada akhir Jun ini. Masalahnya saya belum dimaklumkan secara rasmi berkenaan status manuskrip saya walhal kini sudah berada di akhir Jun. Adakah saya tidak perlu menandatangani apa2 surat perjanjian? Atau berlaku kelewatan? Sekian terima kasih saya ucapkan atas maklum balas yang pantas drpd pihak tuan. | Sdr. Irfan. Saya sudah pun menjawab pertanyaan sdr. pada 7/6/2012 . Setelah disemak, manuskrip sdr. berjudul Aku Ingin Cemerlang, telah lulus JKP pada 24/2/2012. Jika diteliti, agak lama tempoh perjalanan manuskrip ini dari tarikh daftarnya. Insya-Allah saya akan memantau akan perkara ini. Sebaik lulus JKP, manuskrip akan disunting oleh editor. Proses penyuntingan bergantung kepada ketebalan manuskrip. Untuk makluman sdr., semua manuskrip yang lulus JKP pada tarikh tersebut akan diserahkan ke Bahagian Penyelarasan Penerbitan untuk proses pracetak dan cetak pada akhir Jun 2012. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi editor: Puan Khatijah melalui e-mel khatijah@dbp.gov.my. Untuk makluman sdr. mss. tersebut masih dalam proses penyuntingan ( setakat 27 Jun 2012). | Lain-lain | 23.06.2012 |